Sunday, September 11, 2011

BERITA BAIK : INSENTIF ESP 2011

TERBUKA KEPADA SEMUA PENGEDAR HPA PELBAGAI PANGKAT.AYUH KITA REBUT PELUANG KEEMASAN INI...

Thursday, September 8, 2011

PEJUANG KEBENARAN...

Iman yang tidak mantap apabila berhadapan dengan ujian akan menampakkan rasa panik dan cemas. Inilah yang perlu diperhatikan oleh pejuang kebenaran kerana selebihnya dari rasa percaya yang kuat, kekuatan yang akan muncul selepas itu ialah kekuatan tawakkal.
Ini jelas digambarkan oleh Allah SWT di dalam Surah Ali Imran (ayat 154) dari kisah peperangan Uhud.

ثُمَّ أَنزَلَ عَلَيْكُم مِّن بَعْدِ الْغَمِّ أَمَنَةً نُّعَاساً يَغْشَى طَآئِفَةً مِّنكُمْ وَطَآئِفَةٌ قَدْ أَهَمَّتْهُمْ أَنفُسُهُمْ يَظُنُّونَ بِاللّهِ غَيْرَ الْحَقِّ ظَنَّ الْجَاهِلِيَّةِ
“Kemudian sesudah (kamu mengalami kejadian) yang mendukacitakan itu, Allah menurunkan kepada kamu perasaan aman tenteram, iaitu rasa mengantuk yang meliputi segolongan dari kamu (yang teguh imannya lagi ikhlas), sedang segolongan yang lain yang hanya mementingkan diri mereka sendiri, mereka menyangkakan terhadap Allah dengan sangkaan yang tidak benar, seperti sangkaan orang-orang jahiliah…” (Surah Ali Imran, ayat 154).

Sangkaan yang tidak benar terhadap Allah SWT sehingga meragui perjuangan yang membawa mereka ke Syurga. Mereka menyangka jika Nabi Muhammad SAW itu benar-benar Nabi dan Rasul tentu dia tidak dikalahkan dalam peperangan. Sangkaan ini menjadi semakin keliru sehingga mereka menyabitkan; sekiranya mereka tidak keluar berperang pasti mereka tidak akan dibunuh.

يَقُولُونَ لَوْ كَانَ لَنَا مِنَ الأَمْرِ شَيْءٌ مَّا قُتِلْنَا هَاهُنَا قُل لَّوْ كُنتُمْ فِي بُيُوتِكُمْ لَبَرَزَ الَّذِينَ كُتِبَ عَلَيْهِمُ الْقَتْلُ إِلَى مَضَاجِعِهِمْ وَلِيَبْتَلِيَ اللّهُ مَا فِي صُدُورِكُمْ وَلِيُمَحَّصَ مَا فِي قُلُوبِكُمْ وَاللّهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ
“Mereka berkata (sesama sendiri): ‘Kalaulah kita mempunyai sedikit pilihan (sudah tentu kita akan memilih tidak keluar berperang dan) tentulah (orang-orang) kita tidak terbunuh di tempat ini?’. Katakanlah (wahai Muhammad); ‘Kalau kamu berada di rumah kamu sekalipun nescaya keluarlah juga orang-orang yang telah di takdirkan (oleh Allah) akan terbunuh itu ke tempat mati masing-masing’. Dan (apa yang berlaku di medan perang uhud itu) dijadikan oleh Allah untuk menguji apa yang ada dalam dada kamu, dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hati kamu. Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada” (Surah Ali Imran, ayat 154).
Hati yang mati tidak mampu lagi melihat hikmah dan rahsia di sebalik sesuatu kejadian. Akibat dari inilah hati mereka akan menjadi keras, kufur serta berani menentang sesuatu hukum dari Allah SWT dan RasulNya. Apabila kita berpegang dengan Islam, sekali-kali jangan disalahkan sesiapa apabila datangnya ujian tetapi tabahilah kerana di sinilah yang bernama mujahadah. Persiapkan diri untuk sakit dan selesa bersama perjuangan kebenaran, bukannya hanya untuk musim gembira sahaja. Sabda Nabi s.a.w.:

أَلا إِنَّ رَحَى الإِسْلامِ دَائِرَةٌ، فَدُورُوا مَعَ الْكِتَابِ حَيْثُ دَارَ، أَلا إِنَّ الْكِتَابَ وَالسُّلْطَانَ سَيَفْتَرِقَانِ، فَلا تُفَارِقُوا الْكِتَابَ، أَلا إِنَّهُ سَيَكُونُ عَلَيْكُمْ أُمَرَاءُ يَقْضُونَ لأَنْفُسِهِمْ مَا لا يَقْضُونَ لَكُمْ، إِنْ عَصَيْتُمُوهُمْ قَتَلُوكُمْ، وَإِنْ أَطَعْتُمُوهُمْ أَضَلُّوكُمْ"، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، كَيْفَ نَصْنَعُ؟ قَالَ:"كَمَا صَنَعَ أَصْحَابُ عِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ، نُشِرُوا بِالْمَنَاشِيرَ، وَحُمِلُوا عَلَى الْخَشَبِ، مَوْتٌ فِي طَاعَةِ اللَّهِ خَيْرٌ مِنْ حَيَاةٍ فِي مَعْصِيَةِ اللَّهِ
“Ingatlah bahawasanya roda Islam itu berpusing, maka berpusinglah kamu bersama Kitab Allah di mana sahaja ia berpusing. Ingatlah bahawasanya Kitab Allah dan pemerintah akan berpisah, maka janganlah kamu berpisah dengan Kitab Allah. Ingatlah bahawasanya kamu akan diperintah oleh pemimpin-pemimpin yang mereka memutuskan untuk mereka apa yang tidak mereka putuskan untuk kamu di mana jika kamu engkari mereka, mereka akan membunuh kamu, namun jika kamu taati mereka mereka akan sesatkan kamu”. Para sahabat bertanya; “Ya Rasulullah, apa yang perlu kami lakukan?”. Jawab Nabi; “Lakukanlah sebagaimana yang dilakukan oleh sahabat-sahabat Nabi Isa a.s.. Mereka digergaji dengan gergaji-gergaji dan disalib di atas batang-batang kayu (namun mereka tetap teguh). Sanggup mati kerana mentaati Allah lebih baik dari hidup yang terpaksa menderhakai Allah” (HR Imam at-Tabrani dari Mu’az bin Jabal r.a.)

Kebanyakan dari kita merasa gembira dengan kejayaan sesuatu perjuangan tetapi apabila perjuangan ditimpa kesusahan mereka lari ke belakang. Ini bukanlah dinamakan orang berjuang tetapi sekadar ikut-ikutan kerana perjuangan itu belum kukuh di hati. Saat kita mendapat kejayaan, perjuangan memang menjadi indah, tetapi saat kita diuji ternyata hakikatnya tidak ramai yang mampu bersyukur lagi. Firman Allah SWT:

وَقَلِيلٌ مِّنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ
“Sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur” (Surah Saba’, ayat 14).

Kita yang pernah hidup senang perlu bersyukur ketika susah atas nikmat lalu walaupun telah hilang. Kita yang pernah merasai hidup berkeluarga perlu bersyukur atas nikmat lalu meskipun sekarang telah berpisah. Redha atas setiap ketentuan Ilahi meskipun yang Allah berikan cuma mimpi yang indah. Jelaslah iman itu mempunyai mata yang mampu melihat hikmah kejadian Allah pada dirinya, redha dan mensyukuri meskipun tidak diberi. Nikmat hidup dalam iman dan Islam adalah sesuatu yang menutupi segala nikmat kehidupan yang lain, dari itu tidak perlu lagi dihitung lagi menang atau kalah. Firman Allah SWT:

وَلَئِن قُتِلْتُمْ فِي سَبِيلِ اللّهِ أَوْ مُتُّمْ لَمَغْفِرَةٌ مِّنَ اللّهِ وَرَحْمَةٌ خَيْرٌ مِّمَّا يَجْمَعُونَ
“Demi sesungguhnya! Jika kamu terbunuh pada jalan Allah atau kamu mati (dengan mati biasa), sesungguhnya keampunan dari Allah dan rahmatNya adalah lebih baik (bagi kamu) dari apa yang mereka (orang-orang kafir dan munafik) himpunkan (dari segala jenis kesenangan dunia)” (Surah Ali Imran, ayat 157).
Inilah jawapan kepada kemuncak sebuah keimanan. Allahu ghayatuna (Allahlah matlamat kita). Amin.

Tuesday, September 6, 2011

TINTA PENGARAH URUSAN : DURI-DURI PERNIAGAAN..

Bisnes bukan gimik tetapi adalah realiti. Ahli HPA mestilah matang dalam menghadapi segala mehnah perniagaan, lebih-lebih lagi apabila ia menjadi besar kerana pesaing di pasaran tidak akan memberikan laluan mudah untuk mengambil pasaran yang sedia ada. Sikap tidak percaya kepada keupayaan umat Islam dalam bidang perniagaan juga merupakan faktor yang akan menarik bisnes ke bawah.

Kadangkala bisnes yang kecil mudah mendapat sokongan pengguna dibandingkan bisnes besar yang setiap hari bertambah perasaan hasad di kalangan kaum sendiri. Bukan mudah untuk memuatkan laporan dan berita berupa iklan dalam surat kabar kerana iklan percuma hanya diberikan ketika mengulas isu-isu negatif tentang kelemahan bisnes sahaja.

Kita perlu belajar daripada bangsa-bangsa yang maju pada hari ini kerana bagi mereka bisnes adalah satu pakej perjuangan dalam kehidupan. Mereka berniaga kerana keperluan dan minat yang mendalam sekalipun dalam situasi perang. Sebagai contohnya beberapa buah syarikat Korea didapati mengembangkan perniagaan mereka ketika Iraq di ambang peperangan. Begitu juga ketika dunia masih belum menjengok benua Afrika, syarikat besar dari Korea dan China sudah pun membangunkan potensi bisnes di sana.

Syarikat muslim sepatutnya mengambil pelajaran ini dari hanya bergantung kepada publisiti dan gimik bisnes dalam negeri. Kita perlu meluaskan wawasan bisnes dengan gagasan ekonomi produk halal dunia. HPAic yang menjadi pusat pertemuan peniaga muslim sedunia akan terus menggiatkan program "Network Matching" bukan hanya dalam negara tetapi seluruh dunia Islam.

Rakan bisnes sedunia perlu diramaikan bagi membangkitkan isu halal sebagai isu global meskipun pada masa kini, bisnes halal dikuasai oleh negara yang minoriti umat Islam. Bagi HPA yang mewakili bisnes 100% milik bumiputra bukan sahaja berhadapan dengan cabaran production untuk menyediakan bahan asas kepada barang siap (A to Z) tetapi kita juga terpaksa berhadapan dengan kenaikan harga barang dan kejatuhan jualan. Syarikat-syarikat gergasi akan mempertahankan market mereka sementara HPA terpaksa bergelut dengan keyakinan ummat dan keperluan modal yang tinggi.

Inilah yang dikatakan jihad dalam perniagaan dan kita boleh berniaga kerana kita adalah seorang hamba Allah yang yakin 100% tentang keberkatan dan janji baik dari sebuah perjuangan dan kepada semua ahli-ahli HPA perlulah matang dan jangan terperangkap dengan isu- isu negatif harian.

Wednesday, August 10, 2011

Program Sihat Bersama Herba



















Semua muslimin dan muslimat adalah dijemput hadir beramai-ramai.

Salam Ramadhan Al-Mubarak 1432 Hijriah


5 Bonus Khas Ramadhan

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasullullah Sallallahu 'alaihi wa salam bersabda yang bermaksud : "Umatku diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika ramadhan iaitu :

1. Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kasturi di sisi Allah.

2. Para Malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.

3. Allah memperindahkan syurga-Nya setiap hari dan berfirman: 'Hampir-hampir hamba-hambaKu yg soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu'. (Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan didunia dan di akhirat)

4. Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain Ramadhan.

5. Mereka mendapat keampunan pada akhir malam (orang yg beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya). Mengenai bonus ke-5 ini, ada sahabat bertanya kepada Baginda Sallallahu 'alaihi wa salam : "Ya, Rasullullah, apakah itu berlaku pada Lailatulqadar?" Baginda menjawap : "Bukan, tetapi pelaku kebaikkan akan disempurnakan pahalanya sesuai menyelesaikan amalannya." (HR Ahmad)

Monday, April 18, 2011

Mengkudu


Mengkudu (Morinda Citrifolia) yang berasal dari Asia Tenggara, Australia dan Kepulauan Pasifik telah digunakan secara meluas dalam tujuan perawatan pelbagai jenis penyakit. HPA menggunakan mengkudu hasil dari tanaman secara organik bagi memastikan nilai perubatan yang maksimum kepada para pengamal produk tersebut. Kajian telah mendapati Produk Organik Mengkudu HPA telah terbukti untuk mengubati permasalahan berikut:-

1. Menurunkan tekanan darah tinggi.

2. Membantu dan merangsang hormon melatonin dan serotonin.

3. Membekalkan tenaga kepada tubuh badan.

4. Bertindak sebagai anti peradangan dan mengurangkan kesakitan kepada Pengidap Arthritis.

5. Anti Histimik.

6. Melindungi usus dari serangan bakteria perosak dan membantu pencernaan.

7. Memelihara sistem jantung.

8. Menghentikan pertumbuhan sel kanser dan pra kanser.

9. Memperbaiki sistem imunisasi dan merangsang penghasilan sel T.

10. Anti penuaan.

11. Mencegah kencing manis tahap 1 dan 2.

12. Mencegah ketegangan (stress) dan Stroke.

13. Memelihara fungsi ginjal.

Komposisi (75 Kapsul per botol) :
Morinda Citrifolia

Dos :
Amalkan 2 kapsul pada pagi dan 2 kapsul pada malam.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 20
Sabah & Sarawak: RM 22

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 16
Sabah & Sarawak: RM 18

Nilai Mata (NM): 8

==========================================

Panduan/Petua/Artikel Berkaitan Mengkudu Tulisan Tn Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA

Mengkudu + Madu

Gabungan madu dan mengkudu (2M) juga sangat baik untuk mengubati ketumbuhan.Buka 3 kapsul mengkudu ,dicampur dengan segelas kecil air dan sesudu teh madu.Selepas di (kacau/aduk-ind) dibiarkan 10 minit kemudian di minum sehari 3 – 5 kali.

Campuran itu tidak lengkap lagi dan perlu ditambah dengan minuman segelas air parutan kunyit putih(sebesar ibu jari sekali minum)3 kali sehari.Kaedah ini sangat baik terutamanya yang melibatkan rahim wanita.InsyaAllah.

Penyakit dari unsur api.

Unsur api akan menyerang dibahagian kepala menyebabkan pesakit merasa panas dikepala,sakit dan sukar tidur pada waktu malam.Kelihatan urat-urat merah di mata putih dan lidah pula seperti digigit di pinggirnya.
Bawah mata berwarna hitam menandakan pesakit tidak dapat “deep sleeping”.Bagi memulakan pengubatan dari unsur api,herba daripada bunga dan buah lebih utama kerana bunga dan buah berada pada bahagian paling hujung sesuatu pohon sama seperti kedudukan kepala manusia.

Buah yang terbaik dalam penelitian ahli-ahli herba ialah mengkudu kerana mengkudu akan menyebabkan pengeluaran hormon melatonin yang diperlukan bagi mendapatkan tidur berkualiti.Namun bagitu perubatan dari jenis bunga samada melalui aroma terapi ataupun madu lebah (manisan bunga) boleh disinergikan bagi mendapatkan keseimbangan sinergi.

Dua kapsul mengkudu dibuka dan dimasukan kedalam gelas air suam/hangat serta ditambah dengan satu sudu kecil madu lebah.Jangan bimbang dengan pandangan menyatakan madu lebah sesuatu yang panas kerana kepanasan dibahagian kepala dapat dikeluarkan melalui kaedah ini.
Minum 3 kali sehari ,pagi,tengahari dan malam.

Selepas solat insya pesakit perlu tidur awal kerana masa pengeluaran melatonin adalah di awal malam.Malapkan lampu,baca doa tidur dan zikirlah……..

Thursday, March 31, 2011

ESP - REAL BUSINESS

ESP - REAL BUSINESS

(EKSLUSIF SEHARI PENGARAH URUSAN)

MOTO : KECUKUPAN PRODUK HALAL DI PASARAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA

ESP : Program motivasi bersama Pengarah Urusan untuk mewujudkan gelombang business yang baru dalam HPA.

Tiket : RM100.00 (kanak-kanak tidak dibenarkan masuk)

Daftar terus dengan leader kelab masing-masing

InsyaAllah, pengisisan akan disampaikan oleh Pengarah Urusan HPA Industries Sdn Bhd

Bagi mereka yang telah mengikuti ESP ini, mereka bakal mendapat tawaran mengikuti 5 bengkel daripada 30 bengkel secara percuma.

Mereka yang berjaya mengikuti 21 daripada 30 bengkel ini, akan mendapat sijil / pengiktirafan daripada HPA.

Penjualan produk khas dengan harga promosi kepada peserta kursus sahaja:

- KOPI RADIX

- RADIX GOAT

- RADIX KOKO

- RADIX DIET

- RADIX MOCHA

Tarikh terdekat ESP adalah pada 17hb Apr 2011 di Putra Palace Hotel, Perlis. Sila pastikan kehadiran yang terhad kepada 250 peserta. Sila pastikan anda yang awal menyertainya. Sila hubungi CRL ( Pengerusi / Setiausaha dan AJK CRL) untuk memastikan anda adalah peserta awal yang akan menerima menfaatnya.Pemimpin Gen KPU diwajibkan menghantar sekurang-kurangnya seorang peserta mengikuti program.

Makluman terkini akan diberitahu dari masa ke semasa.


Modul : Penyampaian slot dengan bantuan multimedia dengan sokongan sistem audio, video montaj, ceramah oleh PU,GM,IKON, dan pasar ESP.

Monday, March 28, 2011

Syarat Baru Maintain PBC


Sukacita dimaklumkan kepada semua pengedar HPA bahawa mulai April ini AlWahida Markerting Sdn Bhd sepertimana yg diumumkan oleh Pengarah Urusan di akhir program KPJ di Hpaic baru-baru ini bahawaSyarat baru Maintain PBC cuma 150NM sahaja.

Syarat baru ini berkuatkuasa mulai 1 April ini.

Perlu diingat bahawa maintain 150 NM dalam satu invois mesti dilakukan dalam satu bulan sahaja iaitu bulan yang ia hadiri program PBC.

Maka dengan pengumuman baru ini maka syarat maintan 300NM dalam tempoh 2 dan 3 bulan terbatal dengan sendirinya mulain April ini.

Saturday, March 19, 2011

TERAMPIL | KELAB PIDATO KPU


Tarikh
: 29.3.2011 (Selasa) | 8.00 pm
Program : TERAMPIL
Modul :

1) Konsep, Sejarah & Kepentingan Komunikasi Serta Pidato Dalam Islam
Oleh : AF Ustaz Ahmad Adnan bin Fadzil (PS HPA)

2) Presentasi Efektif
Oleh : En. Mohd Faisol Abd Rahman (GM AWM)




Tempat : HPA Amanjaya Cempaka, Sungai Petani, Kedah

Kod Pakaian :
Muslimin : Blazer Hitam, baju kemeja, seluar slack warna gelap
Muslimat : Blazer Hitam dan bertudung hitam serta berstokin

Yuran : Percuma untuk Ahli Kelab Pidato KPU
Pendaftaran : Bagi yang belum mendaftar & berminat, sila hadir ke tempat, tarikh & masa yang telah dinyatakan. Isi borang & buat pendaftaran di sana

* sumber : AF Ustaz Mohd Zahir bin Ghazali

Tuesday, March 1, 2011

Khalifah Fil Ardh

Kalau mahu jadi Khalifah fil ardh berpeganglah pada 3 kekuatan iaitu kekuatan aqidah,kekuatan ekonomi dan kekuatan akhlaq yang mulia.Kekuatan aqidah akan menjana kehidupan hamba yang bebas dari rasa kebimbangan pada apa jua persoalan hidup kerana jelas jalan yang dipilihnya adalah keredhaan ilahi.Sekuat mana dugaan yang mendatang dilihatnya tak ubah seperti debu-debu halus yang melekat pada pakaian.Kemanisan itu terbit dari hati yang sedang luka tersepit.Padanya janji tuhan itu sahaja yang pasti sekalipun dia tidak mengerti kenapa jadi bagitu dan bagini.

Kekuatan Ekonomi pula menjadikan dia seorang pemimpin pada mata dunia .Zaman akhir kini perlukan benda juga untuk menakluki hati yang telah mati namun jangan sampai benda terlekat pada hati nanti ia akan menjadi sombong dan lupa diri.Jika benda diletakan pada telapak tangan,benar-benar ia akan menjadi ubat buat menyembuhkan penyakit cinta dunia dan takut mati.

Akhlaq pula bagai lampu terang yang menyuluh dan sesiapa yang nampak cahayannya akan datang kerana ia adalah sebuah keperluan.Akhlaq bukanya membuang kehidupan tetapi mengambil kehidupan dengan jalan yang sangat terhormat.Ia menerbitkan rasa cinta dan sayang pada semua Insan lebih lebih lagi dizaman yang sudah hilang contuh seperti akhlaq Nabi.Akhlaq sebenarnya buah dari pohon takwa yang dasarnya menunjang tauhidnya kedalam bumi ma'rifah.Tidak mampu bagi tubuh kasar untuk menyelaminya melaikan dia sebuah hadiah dari tuhan yang mengenalinya.Beruntunglah sesiapa yang mampu sampai kesitu

PERJUANGAN HPA

1. PERUBATAN JAWI

“Herba Menuju Kecermelangan”

· Perubatan Jawi diwujudkan di atas tujuan untuk memperkenalkan Thibbun Nabawi kepada masyarakat zaman sekarang.
· Pengubatan yg menggunakan sumber yang Halal yang berdasarkan pada Alamiyah dan Ilahiyah.
· Suatu usaha untuk mengumpul kembali khazanah pengubatan yang dinamakan Pengubatan JAWI yang bukan dari Timur atau dari Barat tetapi berdasarkan kepada etika Perubatan Islam yang lebih tinggi dari pengubatan Timur atau Barat.
· Graduan Sijil Herbalis harus menjadi ahli aktif Kelab Alumni Herbalis agar ilmu sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa.
· Usaha akan berterusan untuk menjadikan Perubatan JAWI suatu perubatan yang diiktiraf dunia sebagaimana Ayurvedic, Traditional Chinese Medicine (TCM) dan Homeopathy.
· Perubatan JAWI akan dimasukkan di dalam syllabus di MANHAL (Madrasah HPA) iaitu menjadi salah satu lima perkara yang wajib dipelajari oleh semua anak didik MANHAL iaitu

1. Al-Qur’an dan Hadith.

2. Ilmu Perniagaan.

3. Pertanian dan Industri (Pengolahan Sumber Alam)

4. Perubatan JAWI

5. Bahasa (Bahasa Arab, Bahasa Malaysia, English, Mandarin dan lain-lain)



2. PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA™

HPA komited untuk mewujudkan produk-produk alternative bagi menggantikan produk-produk yang tidak halal di pasaran dengan Motto PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA™.



3. PENDIDIKAN

HPA juga komited untuk membangunkan sistem pendidikan yang akan melahirkan Generasi Rabbani yang kuat pegangan tauhidnya kepada ALLAH SWT. Generasi yang akan menyambung perjuangan kita semua mengamal dan menyebarkan Perubatan JAWI dan generasi yang memperjuangkan produk-produk Halal ke seluruh dunia. InshaALLAH.

Friday, February 11, 2011

Kursus Usahawan Muslim


Mari bersama kami...ketahui rahsia bagaimana menjana pendapatan hebat bersama MLM Syariah HPA,syarikat milik 100% bumiputera Muslim yang terunggul di Nusantara kini disamping memperoleh keberkatan-Nya...Dengar,saksikan dan alami sendiri...

Antara pengisian kursus:
- Kenali MLM Syariah HPA
- Asas Plan Pemasaran~Adil & Sukses
- Bagaimana menjana pendapatan 5angka bersama HPA
- Asas teknik rawatan dan sinergi herba berkesan
- Pengisian Qiyamullail,solat dhuha dan zikir al-Ma'thurat
- dan lain-lain lagi......
Pendaftaran dibuka sekarang...!

"PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

Wednesday, February 9, 2011

PROGRAM KEPIMPINAN KPU FEB 2011


Tarikh : 11-12.2.2011 (Jumaat-Sabtu)
Program : Kursus Perkongsian Bijak Cemerlang (P.B.C)
* Pra PBC 11.2.2011 (Jumaat sahaja) | 8.30 pagi - 4.30 petang | Yuran RM 50.00
Tempat : El Zahraa Inn (HPA), Lagenda Height, Sungai Petani, Kedah
Yuran : RM 160.00
Pendaftaran : Ustaz Zahir 019.493.7700
+=+=+
Tarikh : 20.2.2011 (Ahad) | 8.30 pagi - 6.00 petang
Program : Asas Pemantapan Kepimpinan Gen 7-8 KPU
Tempat : Hotel Swiss Inn Sungai Petani, Kedah
Yuran : RM 15.00
Pendaftaran : Sila hubungi PJS masing-masing
* Peserta yang mengikuti program ini layak untuk mengikuti Kursus Pemantapan Pemimpin KPU
+=+=+
Tarikh : 26.2.2011 (Sabtu) | 8.30 pagi - 5.30 petang
Program : Seminar Pembangunan Kepimpinan dan Magnet Diri Pemimpin
Tempat : Sungai Petani Inn, Sungai Petani, Kedah
Penceramah : Amin Idris
Syarat Penyertaan : Hanya kepada Pemimpin berpangkat Pengarah Melati (PL) ke atas
Yuran : RM 100.00
Pendaftaran : Ustaz Zahir 019.473.7700
+=+=+
Tarikh : 27.2.2011 (Ahad) | 9.00 pagi - 5.00 petang
Program : Kursus Kemahiran Microsoft Office - PowerPoint
Penyertaan : Terbuka kepada semua Pengedar HPA
Tempat : HPA Amanjaya Cempaka, Sungai Petani, Kedah
Yuran : RM 35.00
Pendaftaran : Ustaz Zahir 019.473.7700


Tarikh : 3.3.2011 (Khamis) | 8.00 malam
Program : Pelancaran Produk Baru HPA oleh Pengarah Urusan 1
(Jawi Water Filter, Jam Tawaf HPA dan Album Nasyid UNIC)
Tempat : Sungai Petani Inn, Sungai Petani, Kedah
Penyertaan : Semua Pengedar HPA dijemput hadir (percuma)

Thursday, February 3, 2011

Khasiat Soya Hanyalah Fitnah Dari Barat!


Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.

Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya. Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.

Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:

•Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
•Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
•Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.
Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).

FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!

Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).

(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)

(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)

Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.

Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama ‘phytic acid (3)’ yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.

(3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)

Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .

(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)

Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.

Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.

Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.

Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.

Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.

FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!

FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.

Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.

MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT
Wallahu a’lam

Wednesday, February 2, 2011

Jam Tawaf HPA



Harga : RM 450.00, NM : 100
Tunggu pelancarannya di Konvek HPA 2011.Insyaallah...

Monday, January 31, 2011

Harga Baru Produk HPA Mulai 1hb Feb 2011

Senarai Harga baru produk HPA 2011.

# Download excel: http://hpa.com.my/produk/harga2011.xls
# Melihat terus di web: http://www.hpa.com.my/produk

Berkuatkuasa 1hb Feb 2011. Harap maklum

Nota: Semua yaang terlibat sila hebahkan
Pertanyaan hubungi Puan Rashidah (049776805) atau En.Kamal (013-4804717)

Sunday, January 30, 2011

Facebook : Perubatan Jawi (Tn HJ Ismail HJ Ahmad)


1) Jam tawaf HPA yang unik bukan hanya pusingannya yang mengikut tawaf tetapi nombor dan warna jarumnya juga mempunyai ciri tersendiri. Logo HPA pada pemutar jarum sangat seni lagi klasik. Jam untuk aktiviti lasak sesuai dengan ahli HPA yang agresif dalam memasarkan produk halal pada umum...

2) Semua packaging produk akan dibaiki semula bagi mewujudkan daya iklan yang tinggi. Lihatlah nanti di konvek produk produk baru dalam kemasan menarik dan kualiti pasaran export...

3) HPA juga mengeluarkan minuman dari susu kambing yang dinamakan radix goat dan akan dirasmikan dalam konvek tahun ini.InsyaAllah sinergi yang sangat berkhasiat dari HPA untuk tahun 2011...

4) Lirik lagu dalam album hijrah aku dihadiahkan kepada semua ahli HPA dan staf yang membeli cd asli( bukan tiruan) sebagai ingatanku pada usaha kalian semua berjuang membangunkan HPA . Tempoh masa yang diambil untuk menyiapkan lirik.as syafi(3 jam), hijrah (2 jam), usahawan( sajak lama ) solatlah permata hatiku ( 2 jam), sangkar hidup (2.5 jam), ubatan hakiki (2 jam).Sudilah mendengarnya buat teman dalam perjalanan...

5) Tak ada lagi tungkat ali di pinggir hutan,tak ada lagi teras teja di belukar kampung, tak ada lagi tebu gajah di tepi sungai, tak ada lagi pokok larak dalam kebun durian, tak ada lagi herba yang mudah kita ambil. Bukit sudah gondol, hutan menjadi ladang sawit, orang tua tak kuat memanjat gunung atau kehutan rimba.Adakah lagi ubatan yang harga cuma rm20 pada masa kini? jawapanya ada dalam HPA...