Tuesday, January 26, 2010

MOMENTS HPA-PRODUK KHAS UNTUK WANITA





*SILA KLIK PADA IMEJ UNTUK BESARKAN

PRODUK BARU



Pencuci pakaian yang dirumus khas untuk menghilangkan kotoran degil




SABUN TANAH LIAT PUTIH

HABBATUS SAUDA PENAWAR SEGALA PENYAKIT



RASULULLAH SAW BERSABDA: "SESUNGGUHNYA DI DALAM HABBATUS SAUDA' TERDAPAT UBAT UNTUK SEGALA PENYAKIT KECUALI (AS-SAM) KEMATIAN".

Semenjak tahun 1959, lebih dari 200 kajian telah dijalankan oleh Universiti-universiti antarabangsa dan artikel-artikel diterbitkan dalam pelbagai journal menunjukkan hasil yang menakjubkan menyokong Habbatus Sauda’ telah digunakan sebagai Herba Perubatan semenjak 5000 tahun dahulu sebelum Masihi lagi. Ia disebut dalam kitab-kitab perubatan karangan Ibnu Sina(Avicenna), Al-Antiki, Ibnu Qayyim al-Jauziy dan Khatib Al-Baghdadi.

Sebagai Herba Tradisional yang telah lama terkenal semenjak 5000 tahun dahulu, Habbatus Sauda’ digunakan untuk mengatasi pebagai masalah dan keadaan dan perawatan yang bersangkutan dengan sistem pernafasan, sakit perut dan usus, fungsi ginjal dan hati, sistem darah, sistem pertahanan badan, dan memulihkan kesihatan am.

Habbatus Sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakkannya ditulis di dalam Bahasa Arab, oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.

Habbatus Sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.

Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus Sauda ...... merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.
Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus Sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.

Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus Sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).

Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda' dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda' dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek

ULASAN ILMU KEDOKTORAN MENGENAI HABBATUS SAUDA:

Batuk yang kronik,batuk kokol selsema yang sudah lama

Resdung (sinusitis)

Lelah atau sesak nafas akibat bronchial asthma dan cardiac asthma

Sakit jantung,darah gemuruh

Darah tinggi (hypertension)

Luka-luka di hati (Cirrhosis of Liver)

Batu hempedu, batu karang. (gall bladder stone, calculus)

Sakit buah pinggang (renal problem)

Gout

Kencing manis (diabetis)

Luka-luka di dalam mulut

Sakit tengkuk

Tonsillitis,gusi berdarah, mulut berbau

Pedih di ulu hati

Gastric, luka-luka dalam perut (ulcer)

Buasir (hemorrhoid), masalah penghadaman.

Alahan dan gatal-gatal

Sakit gigi

Cacing, parasit

Migraine, masalah imsomia (tidak boleh tidur)

Selepas bersalin (menambah susu ibu)

Awet muda dan menegangkan kulit

Mencantikkan kulit, kuku

Masalah kesuburan perempuan

Senggugut

Masalah tenaga batin lelaki


Sungguh banyak manfaat kesihatan yang boleh didapati dari Habbutus Sauda’ ini sehingga tidak hairan apabila ia popular disebut “The Seed of Blessing”/ “Habbatul Barakah” , yang ertinya ” Biji-bijian yang mengandungi berkat”.

MELAKA HALAL HUB (MHH) SERKAM



Alhamdulillah...

HPA kini mengorak langkah seterusnya dalam mengembangkan empayar perniagaannya di negara ini berkat usaha dan ketabahan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada warga HPA dalam memperjuangkan matlamat syarikat ini.

Sehubungan dengan itu, Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) telah memberi mandat kepada HPA untuk mengendalikan Melaka Halal Hub (MHH) di Serkam. MHH merupakan pusat industri halal pertama di Malaysia. Usahawan-usahawan yang beroperasi di MHH akan beroperasi mengeluarkan produk halal. Jadi, HPA berperanan sebagai 'anchor' baru akan memberi tunjuk ajar, latihan dan bimbingan secra Islamic Manufacturing Practise (IMP) serta peluang pemasaran dan pekerjaan kepada 20 usahawan yang akan bertanggungjawab dari aspek pengeluaran produk halal kepada HPA.

Kepercayaan PKNM ke atas pengendalian HPA di MHH ini dinilai dari beberapa aspek kecekapan pengurusan, pengukuhan ekonomi syarikat dan peluang atau potensi perkembangan syarikat pada masa akan datang.

Diharap, MHH akan terus maju bersama-sama usahawan-usahawan lain di dalamnya demi kepentingan dan pembangunan insaniah ummah dan keberkatan dalam perniagaan.

INSENTIF KHAS AGEN STOK 2010


KENAPA KITA SANGGUP DITIPU???!!!

Selama ini kita terus menggunakan penapis air yang di keluarkan tanpa boleh bertanya bahan yang digunakan itu daripada apa. Mudah-mudahan halal walaupun kebanyakannya penapis air masih lagi menggunakan serbuk tulang. Jurujual juga tidak jujur dan kemungkinan tidak turut menyelidiki sumber asalnya. Kita terima sahaja sambil berdoa semoga Allah mendatangkan usaha yang baik untuk kegunaan ummah hari ini.Alhamdulillah..kini kita mempunyai pilihan bagi menggantikan satu persatu penapis air di rumah terutama untuk kegunaan minuman dengan "dew filter". Penapis Dew Water dibuat daripada batu gunung berapi,tempurung kelapa,cengkerang dan tanah liat. Syukur , Dew Water diakui halal oleh "JAKIM" sebagai produk awal yang diberi status itu.Bukan sahaja mendapat status halal,malah ia mempunyai keupayaan alat ganti (katrij)yang boleh tahan lama. Mungkin ada yang mampu menawarkan harga yang lebih murah lagi selepas ini tetapi menggunakan kualiti katrij yang tidak berkualiti. Harga yang ditawarkan oleh HPA mengambil kira keperluan pengguna bukan sahaja untuk mendapatkan keuntungan yang tinggi semata-mata. "Kita perlu membiasakan pasaran agar peka dengan isu harga kerana pengguna itu adalah kita sendiri. Kalau bukan kitapun , saudara-saudara seugama dengan kita. Sanggupkah kita menipu harga dalam keadaan ekonomi yang kian meruncing.
SEMUA BOLEH MEMBELI DENGAN HPA..

Monday, January 25, 2010

TOP 100 DIS 2009

TAHNIAH KEPADA YANG MENCAPAI TOP 100. PASTIKAN ANDA BERADA DALAM RANGKING SAMA ADA TOP 30 ATAU TOP 30 - 60 DALAM SIRI INSENTIF TAAWUN. PASTIKAN KITA GEMPUR MENCAPAI PENJUALAN RM 20 JUTA. PASTIKAN ANDA MEMATUHI SYARAT DAN ETIKA SEBAGAI SEORANG PEMIMPIN YANG MENGEMPUR PBC,PIC DAN MANA-MANA PROGRAM UTAMA SYARIKAT.
1 000002.MY01 NOOR HAYATI BT YUNUS
2 041362.MY01 MURAD BIN ABU BAKAR @ AYOB
3 045875.MY01 MOHD ZAHIR BIN GHAZALI
4 014605.MY01 ZAHARAH BT MAT ZAIN
5 031716.MY01 SHARIFAH BT SULAIMAN
6 019195.MY01 ISMAIL BIN OTHMAN
7 000286.MY01 ROSMANDI BIN ISHAK
8 049956.MY01 SITI HABIBAH BT YUSOFF
9 085867.MY01 KHALID BIN ISKRI
10 000014.MY01 MOHD NADZRI BIN AHMAD
11 025315.MY01 MOHAMAD ASERI BIN HANAPIAH
12 002550.MY01 HAFIDZAN BIN FAUDZI
13 263723.MY01 SYED SALAHUDDIN B SYED MAHAYADIN
14 017390.MY01 SITI ZAWIAH @ NOOR ZAKIAH AB RAHMAN
15 003458.MY01 AMINAH BT SAM
16 001991.MY01 CHE ABD RAHMAN BIN CHE OMAR
17 025053.MY01 MOHD SHAFIE BIN TASIRON
18 111801.MY01 MOHD RAMIZU BIN ABDULLAH @ ZAKARIA
19 002912.MY01 AHMAD SHAFFIK BIN MOHAMAD
20 281680.MY01 SYED AGEEL BIN SYED MOHD MAHAYADIN
21 003592.MY01 JUMANI BIN ABDUL SALAM
22 248484.MY01 NORAHINI BT HARUN
23 263297.MY01 ZAMRI BIN HJ JUSOH
24 049750.MY01 SABRI BIN AHMAD
25 270659.MY01 JUITA BT HJ TAHA
26 046187.MY01 MOHD ZAIDI BIN GHAZALI
27 111252.MY01 JAFFAR BIN ABDUL GHANI
28 287742.MY01 FAUZIAH BT ABU SAMAH
29 000518.MY01 ZAINAL BIN AHMAD
30 050310.MY01 MOHD YUSOF BIN MOHD SIDEK
31 108524.MY01 AZIZAN BIN AHMAD
32 000013.MY01 ZAMBRI BIN AHMAD
33 003235.MY01 ALIMAH BT SAM
34 006999.MY01 MARJUNI BIN HJ SALLEH
35 256591.MY01 MUDZAFAR BIN ALIYASAK
36 025312.MY01 ASNIEAH BT BADRI @ NADZRI
37 092273.MY01 ZAILEHAN BT AB MANAP
38 030091.MY01 KHAIRULANUAR BIN BARHANUDDIN
39 248512.MY01 MOHD BOKHARI BIN SALEH
40 175197.MY01 ZAINI BT A BAKAR
41 104650.MY01 SAFUAN BIN PAMIDI
42 024904.MY01 SAJARUDIN BIN TASIRON
43 006338.MY01 ABDUL RAZAK BIN HUSSAIN
44 057268.MY01 YUSOFF BIN CIK AHMAD
45 004922.MY01 MD KHATIB BIN HUSSEN
46 037388.MY01 MYZA SDN BHD
47 249267.MY01 SITI ABIDAH BT ABDUL RAHMAN
48 004351.MY01 MD ASRI BIN HUSSAIN
49 269346.MY01 ABD RAZAK BIN IBRAHIM
50 029568.MY01 NORINI BT GHANI
51 248594.MY01 JAMALUDIN BIN JUSOH
52 059600.MY01 ZABIDAH BT ZAKARIA
53 087255.MY01 ROSJULILA BT HUSIN
54 165494.MY01 SIHAM BT MOHD HASHIM
55 255002.MY01 NOR HAIDA BT RAMELI
56 243526.MY01 ANUAR BIN ABD LAIB @ ABDUL LATIB
57 066736.MY01 NOREDA BT HAMID
58 092194.MY01 AHMAD AZAM BIN JAAFAR
59 234519.MY01 ROMLI BIN HJ ABU BAKAR
60 127251.MY01 JAMALUDDIN BIN HJ YEOP MAJLIS
61 269256.MY01 NOOR HYZAD BIN MOHAMAD KASIM
62 036086.MY01 AHMAD SUBRI BIN MURAD
63 163055.MY01 JAMALIAH BT OMAR
64 056078.MY01 MOHAMAD ZAIDI BIN ABU HASSAN
65 285501.MY01 MOHD BUSTAMAN BIN SALLEH
66 266663.MY01 MUZLINA BT ABDUL RAHIM
67 075385.MY01 ROSHADAH BT ABDUL RAZAK
68 018473.MY01 SHAARI BIN YAAKOB
69 317980.MY01 MOHD RADZI BIN SHUIB
70 271703.MY01 MOHAMAD HELMI BIN ABD KADIR
71 115791.MY01 MUSLIANA BT MUSLIM
72 250759.MY01 NAIMAH BT ISHAK
73 453997.MY01 SITI NOR AISHAH BT SHEIKH ABDULLAH
74 000250.MY01 NORMAH BT ABD SATAR
75 284610.MY01 ROHANI BT MOHD NOOR
76 408638.MY01 KASWANI BT KASIM
77 270390.MY01 WAHAB BIN BAKAR
78 049765.MY01 SABRI BIN JAAFAR
79 028437.MY01 RAHMAT BIN DAIM
80 377982.MY01 MOHAMED SOFIAN BIN ABDUL LATIFF
81 005420.MY01 AMINAH BT BACHIK
82 275152.MY01 MOHMAD BAKAR BIN AWANG
83 250477.MY01 AHMAD KAMAL BIN ALI
84 017518.MY01 NOORMAH BT ZAINOL
85 317562.MY01 ZAINAL ABIDIN BIN MOHD ALI
86 377977.MY01 MOHD ZULKIFLI BIN MUHAMMAD NASIR
87 285489.MY01 SHUKIMAN BIN AWANG MAT
88 064703.MY01 AMINAH BT MAMAT
89 092290.MY01 ABDUL YADI BIN MOHD SAID
90 483563.MY01 MD ZURAH ENTERPRISE
91 242513.MY01 MASLIZAR BT MAT SEMAN
92 508239.MY01 MUHAMMAD FAIZAL BIN AWANG HAD
93 028728.MY01 JAMALUDDIN BIN MD NOR
94 283076.MY01 SHAHIDAH BT ALI
95 258679.MY01 ZAINON BT ISMAIL
96 349123.MY01 ZAINAB BT YUNUS
97 044159.MY01 ABD RAHIM BIN ABD TALIB9
8 260065.MY01 SITI NORWANDA BT MOHD YUSOFF
99 028792.MY01 AB MALEK BIN AHMAD
100 283084.MY01 SALEHUDDIN BIN REMLY

Tuesday, January 19, 2010

KOWAHIDA TERIMA GERAN RM 30 RIBU

En Mohd Rosli bin Abu Bakar, Bendahari KOWAHIDA menerima geran RM 30,000.00 dari YB Menteri Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob
17hb Januari 2010: 3.30 petang
Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Perlis telah menganjurkan Perasmian Projek Ternakan Lembu Fidlot Secara Kelompok Koperasi Negeri Perlis di Kg Sena Dalam, Batu 20, Jalan Padang Besar (U), Padang Besar Perlis. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Turut hadir bersama YB Tuan Haji Sabri bin Ahmad Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Koperasi dan Industri Asas Tani Negeri Perlis dan YB Dato’ Mangsor bin Saad, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
Projek Ternakan Lembu Fidlot adalah projek pertama gabungan koperasi di Negeri Perlis dan pihak SKM juga Kerajaan Negeri berharap agar projek ini akan terus berjalan dengan jayanya. Majlis juga dimaklumkan mengenai projek gabungan kedua di Negeri Perlis iaitu Projek Ternakan Ayam Organik bersama HPA. Projek ini terdiri daripada 10 buah koperasi di Negeri Perlis termasuk Koperasi Wahida HPA Berhad dan telah melantik HPA Industries Sdn. Bhd. sebagai Konsultan. Majlis turut menyerahkan geran sebanyak RM 30,000.00 kepada sepuluh buah koperasi tersebut bagi menjayakan Projek Ternakan Ayam Organik bersama HPA tadi.
Ends………

PELANCARAN PRODUK BARU DI DE PALMA AMPANG PADA 25HB JANUARI 2010






Realisasaikan pencapaian RM 20 juta dengan pelbagai produk sedia ada dan produk terbaru.Khusus kepada peminat dan penjual penapis air sila hadir untuk mendengar taklimat kami. Suatu Revolusi Harga Penapis Air akan di lakukan oleh HPA bagi menjamin hak pengguna yang selama ini terpaksa membeli dengan harga yang terlalu tinggi dan menekan.

Posted by GM

Wednesday, January 13, 2010

PROMOSI PERABOT HPA DI PUSAT PERABOT PJS,SP




INFO DARI TN HJ ISMAIL (PU)-PRODUK BARU


PENAPIS AIR & KRISTAL MINERAL DEW.


KEISTIMEWAAN PENAPIS AIR DEW
Katrij Dew bebas dari unsur-unsur penggunaan tulang haiwan, hanya menggunakan tempurung kelapa sebagai bahan gantian tulang haiwan.Formula kandungan setiap katrij di dalam berbeza dan tiada syarikat lain yang boleh menciplak sukatan dan ukuran bahan tersebut dalam katrij. kajian hampir 7 tahun untuk menghasilkan penapis air Dew yang berkualiti.Sesetengah penapis air di pasaran, tempoh hayat gantian katrij dalam 1 tahun mencapai sehingga RM300.00 hingga RM400.00 setahun dan melibatkan 2 atau 3 katrij dalam setahun, sedangkan Penapis Air Dew hanya memerlukan belanja RM98.00 untuk tempoh 1 tahun pertama. Harga katrij yang murah dan mampu dimiliki.PH air yang hampir menyamai air Zam Zam.Boleh membantu menyelesaikan pelbagai penyakit seperti sakit-sakit sendi, sel kanser, darah tinggi, kencing manis, batu karang, gout, membantu meneutralkan asid dalam badan dan sebagainya.Penyelenggaraan yang mudah dan murah kerana tidak menggunakan elektrik.Penapis Dew telah melalui ujian makmal Sirim.Air Dew boleh diminum tanpa was-was dan boleh digunakan sebagai air penawar untuk tujuan perubatan.
KAJIAN MAJLIS AIR ANTARABANGSA
Kajian para saintis menyatakan pelbagai penyakit berpunca dari sel tubuh yang berasid dan ia terbentuk dari pemakanan seharian kita.Mineral berakali yang terdapat didalam air minuman boleh membantu meneutralkan sisa buangan berasid sebagai pencegahan terhadap pelbagai penyakit seperti gout, kencing manis, sakit sendi dan sebagainya termasuk kanser.Ini diakui oleh seorang doktor bernama Dr.Mona Harrison MD pengarah Majlis Air Antarabangsa mengatakan sel kanser mati dalam air beralkali, virus dan agen jangkitan lain tidak boleh hidup di persekitaran alkali dan air beralkali baik untuk insomnia dan Colic.Sel yang sihat akan bersifat alkali dan sel yang rosak atau tidak sihat bersifat asid.
MENGAPA MEMILIH PRODUK PENAPIS AIR DEW?
Ini diakui oleh seorang doktor bernama Dr.Mona Harrison MD pengarah Majlis Air Antarabangsa mengatakan sel kenser mati dalam air beralkali, virus dan agen jangkitan lain tidak boleh hidup di persekitaran alkali dan air beralkali baik untuk insomnia dan Colic. Sel yang sihat akan bersifat alkali dan sel yang rosak atau tidak sihat bersifat asid.Apa yang menjadi masalah ialah harga tunai di pasaran Penapis Air terlalu tinggi sehingga mencapai RM2,000.00 harga tunai dan kos penyelengaraan yang mahal berbanding penapis Dew yang lebih murah dan berkualiti tinggi....Dew WATER berupaya memulihkan penyakit migrain, darah tinggi, kencing manis, gout, gastrik, buasir, batu karang, kanser payudara, kanser pangkal rahim, hepatitis A, hepatitis C, lelah, sakit urat, masalah mental, mengurangkan masalah syndrom down dan berbagai penyakit lagi...

HARGA : RM 750.00 SAHAJA
NM : 50.00

DARI MEJA GM...

Pelancaran Produk Baru
Salam Semua Warga HPA.Insyallah HPA akan memperkenalkan 3 produk baru yang akan dilancarkan pada seperti berikut;

Tarikh: 25hb Jan 2010
Jam: 8.00 malam
Lokasi: Hotel De Palma Ampang

Perasmian akan dilaksanakan oleh Pengarah Urusan HPA

Produk:
Penapis Air
Radix Sahara
Air Minuman Dew

Mungkin ramai yang membeli Penapis Air Pelbagai Jenama dengan Pelbagai Kehebatan. Namun malam pelancaran kita akan mendedahkan bahawa kos Penapis Air tidaklah semahal seperti kebanyakan yang ada di pasaran. HPA akan memperkenalkan Penapis Air pada harga yang paling rendah(berpatutan) dan berkualiti jauh lebih hebat. Saksikan laah
Hebahkan segera....

Sunday, January 10, 2010

MENARA HPA BAKAL JADI KENYATAAN


Menara HPA di Sek.13 Shah Alam. Kini hampir 50% usaha kita untuk memiliki Menara HPA setinggi 12 tingkat di Sek.13 Shah Alam(proses jual beli – RM54 juta). Sama-sama kita berdoa kepada Allah yang maha kuasa moga usaha kita beroleh kejayaan.
Wasalam

MLM : YANG HALAL DAN YANG HARAM

Oleh: Ust. Ahmad Adnan Fadzil (Panel Syariah HPA)
(Dipetik dari blog Soal-Jawab Agama: http://ilmudanulamak.blogspot.com, kendalian Ust. Ahmad Adnan Fadzil)
Soalan; Sekarang ini banyak jualan langsung yang menjalankan operasi di Malaysia. Apa pendirian Syarak berkenaan MLM; apa ciri-ciri MLM yang harus dan apa ciri-ciri MLM yang haram pula?
Jawapan;
Setakat sekarang ini penulis belum menemui sebarang fatwa yang jelas berkenaan Sistem Jualan Lansung MLM dari mana-mana ulamak muktabar hari ini khususnya dari Timur Tengah atau Al-Azhar sama ada mengharuskannya atau mengharamkannya. Namun secara umumnya panduan urus-niaga secara Islam telah dihuraikan oleh ulamak dengan lengkap dan panjang lebar di dalam kitab-kitab Feqah. Dengan memahami sebaik mungkin panduan tersebut, kita sebenarnya dapat mengukur sama ada suatu urus-niaga yang ditawarkan kepada kita itu (termasuklah MLM) halal atau tidak. Di sini, saya akan kemukakannya secara ringkas.
Menjadi prinsip yang diterima oleh semua ulamak bahawa dalam hal-hal keduniaan (antaranya urusan perniagaan dan jual-beli), kedudukan asal setiap perkara dan urusan yang berkait dengannya adalah harus sehingga terdapat bukti yang jelas yang menunjukkan percanggahannya dengan Syarak sama ada dari segi prinsipnya atau terlibat dengan perkara-perkara yang dilarang atau diharamkan. Oleh itu, dalam berhadapan dengan suatu perkara baru atau urusan baru yang bersifat keduniaan, yang harus diteliti ialah ada atau tidak di dalamnya sebarang unsur yang menyalahi prinsip Syarak dan unsur-unsur yang diharamkan? Jika tidak ada, maka ia dikekalkan atas kedudukan asalnya iaitu harus. Secara umumnya, perniagaan yang sah menurut Syari’at Islam ialah yang memenuhi prinsip-prinsip asas berikut;
1. Ia berasaskan akad saling meredhai antara penjual dan pembeli
2. Ia memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Syarak ke atas suatu urusan perniagaan atau jual-beli.
3. Ia bebas sepenuhnya dari larangan-larangan Syarak iaitu perkara-perkara yang diharamkannya.

Saling meredhai

Saling meredhai bermaksud pembeli meredhai atau berpuas hati dengan barang atau produk yang diterimanya dan tidak rasa tertipu dan penjual juga meredhai dengan harga jualannya, yakni ia tidak menjual dengan terpaksa. Prinsip saling redha-meredhai ini amat penting dalam urusan perniagaan kerana Allah berfirman (yang bermaksud); “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan saling meredhai di antara kamu” (Surah an-Nisa’, ayat 29).

Syarat-syarat bagi akad perniagaan


Bagi memastikan prinsip saling meredhai itu terlaksana, maka Syarak telah menetapkan syarat-syarat tertentu bagi setiap urusan perniagaan. Syarat-syarat ini jika dilanggari akan menyebabkan suatu urusan perniagaan tidak sah atau batal. Di antara syarat-syarat tersebut ialah;
1. Orang yang menjalankan akad perniagaan hendaklah mumayyiz, iaitu mampu membuat pertimbangan sendiri.
2. Mereka melakukan akad dengan kerelaan sendiri, iaitu tidak dipaksa melakukan akad.3. Status barang yang diperniagakan dan harganya hendaklah diketahui dengan pasti (yakni tiada kesamaran) oleh penjual dan juga pembeli. Ini untuk mengelak dari berlakunya gharar.
4. Barangan jualan diizinkan oleh Syarak (yakni tidak tersenarai dalam barang-barang yang haram)
5. Jika urus-niaga membabitkan mata-wang hendaklah mematuhi syarat-syarat pertukaran matawang mengikut Syarak.
6. Hendaklah diselaraskan kandungan ijab dan qabul dari segi sebutan barang, harga dan sebagainya. Tidak sah aqad jual-beli yang ijab dan qabulnya tidak selaras seperti penjual berkata; “Saya jual barang ini dengan harga RM 40” dan pembeli pula berkata; “Saya beli dengan harga RM 30”.

Larangan-larangan Syarak dalam perniagaan

Setiap urusan perniagaan yang hendak diiktiraf oleh Islam juga hendaklah bebas dari sebarang unsur yang dilarang atau diharamkan oleh Syarak. Menurut Dr. Yusuf al-Qaradhawi, larangan-larangan Syarak dalam urusan perniagaan berkisar atas beberapa sebab iaitu;
a) Membantu kepada perbuatan maksiatb) Terdapat unsur-unsur gharar atau penipuan) Terdapat unsur-unsur eksploitasi atau pemerasand) Terdapat penganiayaan terhadap salah satu pihak yang beraqad. (Al-Haram wa al-Haram Fi al-Islam, Dr. Yusof al-Qardhawi. Hlm. 242)
Lebih terperinci, antara unsur yang dilarang oleh Syarak dalam urusan perniagaan ialah;
(1) Menjalankan perniagaan yang diharamkan atau mendatangkan mudarat. Jika ada syarikat MLM yang menjual barangan/produk yang diharamkan oleh Syarak atau mendatangkan mudarat kepada manusia, maka tidak harus syarikat tersebut disertai oleh orang Islam sama ada sebagai pembeli, pengedar, penaja atau sebagainya.
(2) Al-Gharar; iaitu menjalankan urus-niaga dalam kesamaran iaitu tanpa dipastikan dengan tepat barangan/produk yang terlibat dan harganya sama ada oleh penjual atau pembeli. Para fuqaha’ sepakat menyatakan bahawa jual-beli secara gharar adalah batal atau tidak sah kerana sabit di dalam hadis; “Rasulullah s.a.w. menegah daripada jualan secara gharar” (Riwayat Imam Ahmad dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.).
(3) Melakukan penipuan dalam urusan urus niaga. Sabda Rasulullah s.a.w.; “Sesiapa yang menipu maka ia bukan daripada golonganku” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.). Antara contoh penipuan ialah;
(a) Membuat iklan barangan dengan memaparkan keistimewaan-keistimewaan atau ciri-ciri yang sebenarnya tidak ada pada barangan tersebut melainkan untuk menarik perhatian orang supaya membelinya semata-mata. Penipuan sebegini dinamakan at-Taghrir iaitu memperdaya.
(b) Menipu pembeli dengan menjual barang yang murah dengan harga yang terlalu tinggi dengan mengeksploit kejahilan pembeli terhadap nilai sebenar barang/produk di pasaran. Contohnya; menjual barang yang bernilai RM20 dengan harga RM100 tanpa diketahui oleh pembeli nilai sebenarnya.
(c) Menyembunyikan kecacatan barangan atau produk. Contohnya; menyembunyikan kerosakan enjin kereta yang akan dijual dan sebagainya.
(d) Mengurangi timbangan

(4) Antara yang dilarang juga di dalam perniagaan ialah melakukan penganiayaan, memeras pengguna dan merosakkan kepentingan masyarakat; antaranya dengan melakukan ihtikar (monopoli barangan; yakni menyorok barangan untuk menaikkan harganya) dan menjadi orang tengah yang memeras pengguna. Sabda Rasulullah s.a.w.; “Tidak melakukan ihtikar melainkan orang yang berdosa” (Riwayat Imam Ahmad, Muslim, Abu Daud, an-Nasaie dan Ibnu Majah dari Mu’ammar Ibn Abdillah r.a.)
Larangan-larangan di atas jika berlaku dalam urusan perniagaan akan menyebabkan perniagaan tidak sah atau sekurang-kurangnya mendatangkan dosa kepada pelakunya walaupun perniagaan masih dianggap sah.

Prinsip-prinsip di atas bersangkutan dengan perniagaan secara umum termasuklah perniagaan secara MLM. Di sana ada perkara-perkara khusus yang berkait dengan MLM yang perlukan perhuraian atau garis panduan iaitu mengenai yuran keahlian, bonus dan harga barangan/produk.

Syarat-syarat yuran keahlian

Boleh dikatakan kesemua syarikat MLM menetapkan suatu kadar yuran keahlian terhadap orang yang ingin menjadi ahli atau pengedar bagi produk-produk keluarannya. Mengenakan yuran keahlian tersebut diharuskan jika memenuhi syarat-syarat berikut;
1. Yuran tersebut tidak bertujuan untuk mengaut keuntungan dan mengambil kesempatan dari peserta.
2. Yuran tersebut bertujuan untuk menyediakan maklumat dan keterangan kepada peserta berkaitan urusan dan agenda yang akan dijalankan oleh syarikat.
3. Yuran itu tidak mengikat peserta dengan mewajibkan syarat-syarat yang zalim dan tidak bermoral, dalam erti kata lain peserta boleh menarik diri dan dalam sesetengah hal duit akan dikembalikan.
4. Yuran tersebut tidak mempengaruhi perlakuan akad yang selanjutnya semasa berurus-niaga atau berjual-beli.

Syarat-syarat di atas kita putuskan berasaskan kepada fatwa yang pernah dikeluarkan oleh Majma’ al-Fiqh terhadap soalan mengenai yuran yang dikenakan sebagai satu syarat penting sebelum berhak menyertai jualan lelongan yang diamalkan oleh syarikat-suarikat peniagaan. Mengikut fatwa tersebut, pengenaan yuran tersebut adalah harus apabila ia memenuhi syarat-syarat di atas. (Lihat; Majallah Majma’ al-Fiqh al-Islami, 1994, 2/37).

Bonus

Dicadangkan pemberian bonus dilakukan dengan menepati konsep al-Ji’alah di dalam Fiqh Islam. Al-Ji’alah bermaksud menjanjikan suatu pemberian (komisyen) kepada orang yang melakukan suatu kerja atau tugas tertentu yang sukar seperti seorang lelaki berkata; “Sesiapa dapat mengembalikan untaku yang hilang, baginya pemberian sebanyak RM 200” (Al-Majmu’, jil. 15, Bab al-Ji’alah). Al-Ji’alah adalah akad yang diharuskan dengan dalil al-Quran dan hadis, antaranya firman Allah;

“Orang-orang menteri menjawab: “Kami kehilangan cupak raja dan sesiapa yang memulangkannya akan diberi (benda-benda makanan) sebanyak muatan seekor unta, dan akulah yang menjamin pemberian itu”. (Yusuf: 72)

Menurut ulamak, keharusan al-Ji’alah terikat dengan beberapa syarat, antaranya;
1. Pihak yang berakad hendaklah terdiri dari mereka yang memiliki keahlian untuk melakukan akad.
2. Hendaklah bayaran terdiri dari nilai harta yang diketahui.
3. Hendaklah manfaat yang diperolehi menerusi kegiatan ini diketahui pada hakikatnya serta harus memanfaatkannya dari sudut Syarak.(Wahbah az-Zuhaili, 4/787)
Jadi, supaya bonus dapat menepati konsep al-Ji’alah tersebut, maka pemberian bonus oleh Syarikat MLM hendaklah berasaskan kepada manfaat/kerja yang disumbangkan oleh para pengedar atau orang terbabit dalam membantu syarikat. Nilai bonus yang dijanjikan hendaklah dinyatakan dengan pasti oleh Syarikat kepada para pengedarnya supaya ia menepati syarat yang kedua di atas.
Berdasarkan pengalaman saya dalam Syarikat HPA Industri Sdn. Bhd. (salah satu Syarikat Bumiputra Muslim yang giat menjalan perniagaan secara MLM di Malaysia), bonus yang diberikan oleh Syarikat HPA kepada pengedar-pengedarnya adalah sebagai ganjaran/upah yang dijanjikan kerana sumbangan mereka dalam melakukan perkara-perkara tersebut;
1. Memperkenalkan syarikat kepada orang ramai
2. Menaja ahli-ahli baru untuk syarikat
3. Membuat jualan produk-produk syarikat kepada orang ramai.
4. Membimbing dan memimpin anak buah (downline) untuk membina organisasi perniagaan yang kukuh. Ini terpaksa melalui proses seperti pertemuan dari masa ke semasa untuk perbincangan, perancangan, penerangan berkenaan produk dan perkembangan terbaru syarikat.
Melihat kepada kerja/manfaat yang disumbangkan oleh para pengedar seperti di atas, saya merasakan pemberian bonus oleh Syarikat HPA menepati prinsip al-Ji’alah yang diharuskan oleh Syarak tadi.

Meletakkan syarat untuk memperolehi Bonus

Menetapkan syarat tambahan -selain dari yang ditetapkan Syarak- dalam mana-mana akad perniagaan dan harta adalah harus jika syarat itu tidak melanggar hukum Syarak yang sedia termaktub dan tidak terdapat sebarang penganiayaan dan pilih kasih. Keharusan ini adalah berdasarkan hadis Nabi s.a.w.;

“Orang-orang Islam terikat dengan syarat-syarat sesama mereka selama menepati yang hak (yakni hukum Allah)” (Riwayat al-Hakim dari Anas dan Aisyah r.a.).

Oleh demikian, tindakan pihak syarikat menetapkan syarat tertentu ke atas para pengedarnya untuk melayakkan mereka memperolehi bonus -jika bonus tersebut dilakukan mengikut kaedah al-Ji’alah di atas- tindakan tersebut adalah harus asalkan syarat yang ditetapkan tidak bercanggah dengan mana-mana ketetapan Syarak dan tidak bersifat pilih-kasih atau menganiayai mana-mana orang.

Jauhi “Sistem Piramid”

Sistem Piramid yang kita maksudkan ialah satu sistem di mana kumpulan orang di bawah membayar kepada orang-orang yang berada di peringkat atas. Setiap peserta baru membayar supaya berpeluang mara ke tahap paling atas dan mendapat keuntungan daripada bayaran orang lain yang menyertai skim itu kemudian. Penaja atau pemilik skim ini tidak mengambil berat tentang penjualan barang/produk, tetapi mengambil berat tentang keuntungan yang dikaut melalui wang yang diperolehi dari ahli-ahli baru. Di antara ciri-ciri Skim Piramid ini ialah;
1. Produk berkualiti rendah dengan harga mahal dan para pengedar baru perlu membelanjakan wang ke atas inventori barangan yang berlebihan.
2. Yuran keahlian yang tinggi serta komisyen kepada setiap peserta yang dapat menarik ahli baru.
3. Tiada hak pemulangan wang dan tiada kontrak bertulis di antara syarikat dan pengedar.
4. Tidak mengambil berat tentang jualan runcit dan penghasilan wang dengan mengembangkan jumlah keahlian di bawah para pengedar.
5. Kehadiran wajib pada sesi latihan yang mahal.
6. Dakwaan perolehan wang dan kejayaan besar yang sengaja direka-reka serta digembar-gemburkan.(Amar Said, Persatuan Pengguna Pulau Pinang)
Apa yang jelas di dalam Sistem Piramid ini, yang menjadi fokus bukanlah penjualan barangan/produk, tetapi penaajaan ahli baru di mana keuntungan dikaut dari yuran keahlian yang tinggi bukan melalui kegiatan perniagaan. Bonus diberikan hasil dari kutipan dari orang-orang dibawah, bukan dari keuntungan barangan/produk yang dijual. Melihat kepada konsep dan ciri-ciri di atas, jelas bahawa Sistem Piramid tersebut bertentangan dengan Syari’at Islam kerana terkandung di dalamnya unsur-unsur penipuan, pemerasan, gharar (ketidakjelasan salam dalam akad), ghabn fahiysh dan sebagainya yang diharamkan oleh Syarak dalam urusan perniagaan atau jual-beli.

Harga barangan/produk

Dr. Muhammad Bakr Ismail (salah seorang ulamak dari al-Azhar, Mesir) menjelaskan dalam buku himpunan fatwanya; “Tidak ada di dalam Islam batasan tertentu bagi keuntungan (yang harus diambil dalam perniagaan atau jual-beli) mengikut pandangan yang paling soheh dari para ulamak Islam. Peniaga hendaklah menetapkan harga mengikut kadar yang diredhai olehnya dan juga diredhai oleh pembeli. Ini kerana akad jual-beli terbina di atas saling redha-meredhai antara penjual dan pembeli sebagaimana firman Allah;

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara saling redha-meredhai di antara sesama kamu”. (an-Nisa’: 29) (Lihat; Baina as-Sa-il Wa al-Faqih, Syeikh Dr. Bakar Ismail, hlm. 108).

Dari fatwa di atas kita dapat simpulkan dua perkara berkenaan penetapan harga barang/produk;
a) Tidak ada batasan tertentu dari Syarak bagi keuntungan yang harus diambil dari produk yang dijual. Jadi, penentuan harga produk/barangan terserah sepenuhnya kepada penjual/pengeluar.
b) Namun begitu, para penjual/pengeluar hendaklah mengambil kira keredhaan pengguna terhadap harga yang ditetapkan. Tidak harus ia melakukan penipuan harga atau ghabn fahisyh (yakni beza harga yang keterlaluan dari harga sebenar di pasaran) yang menyebabkan pembeli hilang perasaan redhanya terhadap jual-beli apabila mereka mengetahui nilai sebenar di pasaran. Contohnya; menjual barang yang murah dengan harga yang terlalu tinggi dengan mengeksploit kejahilan pembeli terhadap nilai sebenar barang/produk di pasaran, seperti; menjual barang yang bernilai RM20 dengan harga RM100 tanpa diketahui oleh pembeli nilai sebenarnya.
Demikianlah beberapa panduan penting untuk mengukur sama ada sesuatu MLM itu harus atau tidak di sisi Syarak. Panduan tersebut bukan sahaja berguna untuk orang ramai, tetapi juga untuk pemilik syarikat yang menjalankan MLM untuk melihat sama ada sistem yang mereka guna menepati Syariat atau tidak.
Wallahu A’lam.

Rujukan;
1. Al-Haram wa al-Haram Fi al-Islam, Dr. Yusof al-Qardhawi. Hlm. 242.
2. Mu’jam Al-Mustalahat Al-Iqtisadiyyah Fi Lughatil Fuqaha’, Dr. Nazih Hamad, ter. Al-Ma’had al-‘Alami Lil Fikri al-Islami, Herndon, Virginia, U.S.A. (1993).
3. Fiqh Sunnah, Syeikh Sayyid Sabiq, ter. Al-Fath Lil ‘ilam al-‘Arabi, Kaherah, Mesir (1411/1412H)
4. Al-Fiqhul Manhaji ‘ala Mazhabil Imam as-Syafi’ie, Dr. Mustafa al-Khin, Dr. Mustafa al-Bugha dan ‘Ali Syarbaji, ter. Dar al-Qalam, Damsyiq, Syiria (1991)
5. Fiqh Islami Wa Adillatuhu, Dr. Wahbah az-Zuhaili, ter. Dar al-Fikr, Damsyiq, Syria (1885)
6. Baina as-Sa-il Wa al-Faqih, Syeikh Dr. Bakar Ismail, ter. Dar al-Manar, Mesir (1992).
7. Sistem Syarikat Jualan Lansung Di Malaysia Dari Perspektif Mualamat Islam, Muhammad Hasan Zaid bin Ramli, UKM Bangi (2002).
8. Al-Majmu, ter. Dar al-Fikr, Beirut, Lubnan (2000)

Lampiran 1

SYARAT-SYARAT MLM HALAL MENURUT UST HJ ZAHARUDDIN HJ ABD RAHMAN
(Dipetik dari arikel beliau; “Isu Shariah Dalam Perniagaan MLM” dalam laman web; www.zaharuddin.net)
1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).
2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.
3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.
4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala’ atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).
5. Tidak diwajibkan bagi si ahli menjual jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya.
6. Setiap ‘upline’ atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah’. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.
7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya. Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.
8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.
9. Menstruktur plan pemasaran di anatara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.
Lampiran 2
Keputusan Majma Fiqh Sedunia ?
Kesatuan Fiqh Sedunia (Majma’ Fiqh Islami) pernah mengeluarkan fatwa ke atas satu bentuk perniagaan MLM jenama PT Biznas yang disifatkan sebagai haram kerana ia adalah salah satu bentuk perjudian. Selain itu, keputusan itu juga menafikan bahawa komisyen yang digunakan adalah komisyen atau upah ‘brokerage’ sebagaimana didakwa. (Rujuk keputusan nombor 3/24, 17 Julai 2003). Selain itu, Syeikh Salim Al-Hilali pernah mengeluarkan fatwa pengharaman dengan katanya : “Banyak pertanyaan berkenaan perniagaan yang diminati ramai. Yang secara umum gambarannya adalah mengikuti kaedah piramid dalam sistem pemasarannya, dengan cara setiap anggota harus mencari ahli-ahli baru dan demikian selanjutnya. Setiap anggota membayar yuran pada syarikat dengan jumlah tertentu dengan angan-angan mendapat bonus, semakin banyak anggota dan memasarkan produknya maka akan semakin banyak bonus yang dijanjikan. Sebenarnya kebanyakan anggota MLM yang menyertai cara ini adalah hasil motivasi bonus yang dijanjikan tersebut dengan harapan agar cepat kaya dalam waktu yang sesingkat mungkin, padahal ia langsung tidak menginginkan produknya. Perniagaan jenis ini adalah perjudian murni, kerana beberapa sebab berikut, iaitu:
Ø Sebenarnya anggota MLM ini tidak mahukan produknya, akan tetapi tujuan utama mereka adalah menyertai rangkaian piramid bagi mendapatkan kekayaan cepat apabila setiap ahli baru membayar yuran.
Ø Harga produk yang dibeli sebenarnya tidak sampai 30% dari wang yang dibayarkan pada syarikat MLM.
Ø Tujuan perusahaan adalah membangun jaringan individu secara berkesinambungan. Yang mana ini akan menguntungkan anggota yang berada pada level atas (Upline) sedangkan level bawah (downline) selalu memberikan nilai point pada yang berada dilevel atas mereka.
(Dipetik dari arikel Us. Zaharuddin; “Isu Shariah Dalam Perniagaan MLM” dalam laman web; www.zaharuddin.net)
Lampiran 3
FATWA TENTANG MELETAKKAN SYARAT BAGI MENDAPAT KOMISYEN
Soalan; terdapat satu system jualan produk yang diperkenalkan oleh beberapa syarikat yang diringkas seperti berkut;
Syarikat menawarkan kepada orang yang berminat menjadi wakil/pengedarnya untuk terlibat mempromosi barangan/produk keluarannya dengan satu kadar komisyen tertentu (cthnya 10%) bagi setiap produk yang dijual, namun syarikat meletakkan syarat komisyen tersebut tidak akan diberikan melainkan wakil/pengedar melakukan jualan dengan jumlah tententu yang ditetapkan Syarikat. Adakah ianya harus?
Jawapan;
Polisi jualan tersebut adalah harus. Ia tidak lain merupakan langkah Syarikat melakukan akad al-Ji’alah (pemberian bersyarat) dengan pengedarnya sebagai imbalan mempromosikan jumlah tertentu dari barangan/produk Syarikat. Jika ia berjaya melakukan jualan dengan jumlah tersebut, berhaklah ia untuk mendapat komisyen yang dijanjikan itu. Jika tidak, tidak berhaklah ia mendapatnya. Masalah ini termasuk dalam bab al-Ji’alah (pemberian dengan bersyarat). Sekalipun ada kemungkinan akan berlaku kepada wakil/pengedar mereka berpenat saja tanpa imbalan apabila tidak berjaya mencapai jumlah jualan yang ditetapkan itu, perkara tersebut tidak akan menjejaskan keharusan mu’amalah tersebut. Ini kerana telah sedia dimaklumi (dalam Fiqh) bahawa akad al-Ji’alah harus berlaku padanya al-Jihalah dan al-Gharah (yakni ketidakpastian) walaupun unsur tersebut tidak harus berlaku dalam al-Ijarah (akad sewaan).
(Fatwa dipetik dari buku Fiqh al-Mu’amalat al-Maliyah al-Muqaran, tulisan Syeikh Dr. ‘Alauddin Za’tari,, hlm. 338, ter. Dar al-‘Ashma’, Damsyiq, Syria, 2008. Penulis adalah pensyarah Fiqh dan Ekonomi Islam di University Ummu Darman, Syria dan Kolej University Islam di Lubnan. Beliau memiliki laman webnya sendiri; www.alzatari.org).

Talasemia

Sekarang banyak sekali pertanyaan yang dikemukakan tentang penyakit telesemia. Herba yang terbaik ialah deep cleansing dan shark cartilage. Herba hijau memang tidak bagitu sesuai dengan penyakit ini kerana mengandungi zat besi yang tinggi. Kaedah lain ialah melalui berbekam yang dilakukan pada titik limpa dan hati. Talesemia akan menyebabkan kekurangan darah dan terpaksa memasukan darah dari masa kesemasa. Jangan beri herba seperti spirulina,kurma ,bayam dan lain-lain lagi kerana ini akan menyebabkan penyakit menjadi makin parah, hati dan limpa juga akan turut membengkak.

Testimoni Dari Kuala Nerang

Usianya 20 tahun dan masih belajar disebuah sekolah ugama tetapi beliau menghadapi kesakitan disemua sendi-sendinya. Sakit sendi lutut dan lengan tidak tertanggung sehingga berbagai kaedah rawatan telah digunakan namun kesembuhan masih tidak berlaku. Akhirnya beliau dicadangkan menggunakan D karm dan Spirulina disamping terus minum air mineral HPA. Syukur,hari ini dia telah sembuh dan kesakitannya juga kian hilang. Pengalaman ini sangat berharga untuk mereka yang sama menghadapi masalah yang sama.

Sardin HPA

Pemintaan sardin yang "ditinkan" juga bagitu tinggi di pasaran. Rasanya lebih sedap dibandingkan dengan jenama lain. Namun bagitu pengguna yang "concern" tentang halal haram terus menerima sardin HPA sebagai pilihan utama. Saya menjangkakan pemintaan akan sampai kepada sejuta tin sebulan sekiranya sardin kita dapat diperkenalkan kepada kedai-kedai makan dan kedai runcit. Ini memerlukan pengedar yang boleh bekerja sepenuh masa mempromosikanya secara serious.Selain dari Sardin mereka juga boleh membawa cola Radix,koko radix,teh manjakani,kordial dan lain-lain lagi. Ini akan lebih kuat mempromosi HPA sebagai pengeluar pelbagai produk halal di Malaysia.InsyaAllah.

Kursus Pembetulan Tulang Belakang



Kursus ini akan diadakan pada 19,20 dan 21 Januari di Jejawi Perlis. Penyertaan hanya dibuka untuk 50 orang sahaja. Antara pelajaran yang akan dipelajari ialah:-1. Ilmu kiropraktik asas2. Ilmu kiropraktik(advance)2. Pembetulan tulang belakang menggunakan tungku besi3. selangkah ke alam herba(Taman herba Perlis)4. Tiru Macam saya - usahawan herbalis.5 . Praktikal & soaljawab langsung dengan PU.Pehak JHS hanya akan menerima 50 orang terawal yang mendaftar dan mereka yang membuat bayaran RM200 sebagai bukti penyertaan. Semua pemohonan hendaklah melalui pejabat pengurus Zon Masing-masing.

Bukit Tambun Menjadi Kota Ilmu HPA

Lokasinya yang terletak di Seberang Prai menampakkan ia tidak sesuai sangat untuk di jadikan medan pendidikan ilmu. Namun bagi HPA kita selalu berfikir bahawa banyak sekali batasan fikiran itu boleh kita atasi dengan kerja yang bersungguh-sungguh. Kini kita sedang menyiapkan bangunan 4 tingkat yang akan memuatkan 500 orang pelajar ITHPA bagi persiapan pembentukan kolej universiti 3 tahun lagi.Bangunan yang berharga 2.6 juta ini akan menjadi medan ilmu dimana pendidikan ilmu ugama dan keusahawanan akan berterusan disini. Bahasa pengantar ITHPA ialah bahasa Malaysia disamping bahasa Inggeris,Bahasa Arab dan bahasa Cina juga menjadi bahasa wajib .Disamping program diploma dalam bidang ugama,ITHPA juga membuka sekolah peniagaan dan keusahawanan yang terbuka kepada semua ahli atau bukan ahli. Bangunan-bangunan tambahan akan diambil bagi membolehkan kesediaan tempat belajar yang selesa untuk para pelajar.