Wednesday, June 16, 2010

PENGUMUMAN KENAIKAN HARGA PENGEDAR KOPI RADIX

Salam semua warga HPA

Pengurusan telah memutuskan untuk menaikan harga Kopi Radix disebabkan oleh beberapa faktor kenaikan bahan mentah yang tidak stabil kebelakangan ini khususnya gula. Namun kenaikan ini hanya melibatkan di Semenanjung Malaysia sahaja dan tidak melibatkan Sabah dan Serawak.

Berikut adalah Harga Pengedar Baru Semenanjung Malaysia (Harga Pengguna dan NM tidak berubah)

1. Kopi Radix kecil(15 sachet) Harga Pengedar RM 14.00
2. Kopi Jumbo (32 sachet) Harga Pengedar RM 28.00
3. Kopi Papan (20 sachet) Harga Pengedar RM 18.00

Tarikh kuat kuasa adalah 17hb Jun 2010
Semua pengurus zon dan pengurus cawangan serta agen stok sila ambil perhatian.
Wasallam

PJS WAHAB BAKAR DALAM KENANGAN...


(GM)Salam semua sekali..

PJS Wahab Bakar dari KPU yang lebih dikenali sebagai Pak Wahab telah kembali ke Rahmatullah jam 11.30 malam tadi sebaik sahaja menyampaikan ceramah di Cawangan Taman Sena, Kangar Perlis.
Beliau yang GM kenali adalah seoarang yang punya semangat yang luar biasa, peramah dan ketaatan yang tinggi pada agama. Moga Allah swt mengampuni beliau dan meletakkan bersama dengan para solihin dan mukminin.

Kepada PJS KPU khususnya sila aturkan majlis tahlil di seluruh cawangan.

Terima kasih kepada pihak hospital, PDRM, staff HPA dan semua sahabat yang terlibat dalam menguruskan jenazah beliau.

Al Fatihah...

Sunday, June 6, 2010

TESCO DISAMAN RM 1.6 JUTA, JUAL AYAM TAK HALAL

Seorang peniaga dan empat anggota keluarganya hari ini memfailkan saman ganti rugi RM1.6 juta terhadap Tesco Stores (M) Sdn Bhd kerana didakwa cuai memastikan produk ayam segar yang siap diproses dan dilabelkan halal, benar-benar halal megikut agama Islam.
Saman itu difailkan oleh Raja Muzaffar Kamar Raja Busu, Lijah Awang Kechik, Raja Kamar Idris Raja Busu, Norhayati Abdullah dan Raja Teh Rahmah Raja Busu.
Writ saman itu difailkan oleh peguam Kamal Razali melalui firma guaman, Badruzzaman & Kamal, Peguambela & Peguamcara, Peguam Syariah di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, di Pulau Pinang.
Dalam pernyataan tuntutannya, Raja Muzaffar Kamar yang mewakili empat plaintif lain dari Bayan Baru, memohon ganti rugi am RM1 juta, ganti rugi teladan RM500,000 dan ganti rugi teruk RM100,000.
Beliau turut menuntut surat permohonan maaf secara terbuka oleh defendan kepada semua plaintif kerana mengalami trauma dan maruah plaintif tercalar kerana menjual ayam haram.
Raja Muzaffar Kamar berkata beliau mengalami trauma dan berasa berdosa kerana memakan ayam yang haram bersama plaintif lain dan memberi makan produk ayam yang haram kepada pelanggan di restoran miliknya di Astaka Gelugor, di Pulau Pinang.
Katanya pada 12 Mac lalu, beliau membeli tiga ekor ayam yang siap disembelih dan dipek dengan bungkusan berjenama HyFresh tertera logo halal dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Raja Muzaffar Kamar berkata beliau memasak ayam itu dan sebahagiannya dimakan bersama keluarganya manakala bakinya dijual di premis perniagaannya.
Beliau berkata ketika membuang sisa ayam itu mereka mendapati kesan sembelihan pada leher ayam berkenaan mencurigakan kehalalannya di sisi Islam dan membuat laporan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).
“Pada 16 Mac lepas, JHEAIPP kemudian membuat siasatan dan merampas ayam berjenama HyFresh di pasar raya itu kerana tidak disembelih mengikut kaedah ditetapkan Islam,” katanya.
Katanya pada 31 Mac lalu, Jabatan Mufti Pulau Pinang mengeluarkan surat mengesahkan produk ayam berkenaan tidak disembelih mengikut ketetapan syariat Islam dan haram dimakan oleh orang Islam.

- Bernama

Saturday, June 5, 2010

GAZA MENUNTUT PENGORBANAN DAN HARAPAN KITA!

BANGKITLAH SAUDARA-SAUDARAKU!

Seandainya dua hari itu sudah cukup menyakitkan, bagaimanakah sengsaranya Gaza yang sentiasa bermandikan darah dan airmata.

Dari FB Ageel Al-Haddad.
LIVE di Astro Awani 501: Dr Syed Muhammad Haleem Al-Haddad mohon agar rakyat Malaysia nyahkan apa-apa juga unsur ISRAEL yang ada di Malaysia ; sama ada dalam bentuk produk, kilang dan juga apa-apa hubungan sekiranya ada...Setiap titis darah umat Islam di Gaza merupakan satu dosa umat Islam jika kita terus mengadakan dan menggunakan apa-apa barangan dan produk YAHUDI Laknatullah...