Sunday, July 18, 2010

PERKONGSIAN BIJAK CEMERLANG (PBC)

KELAB KOMUNITI HPA LANGKAWI AKAN MENGADAKAN KURSUS PBC AKAN DIADAKAN SEPERTI BERIKUT :

TARIKH : 30 - 31 JULAI 2010
HARI : JUMAAT - SABTU
YURAN : RM 160.00
TEMPAT : CHANDEKKURA HOTEL,LANGKAWI

SEBARANG PERTANYAAN @ PENDAFTARAN SILA SMS @ HUBUNGI EN FADZLI(S/U) DITALIAN 0124386897.

"MENGUASAI PASARAN GLOBAL"
"PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

RFC SASAR 10 TAHUN KUASAI PASARAN

petikan akbar: (hmetro.com.my)

Oleh Zainuddin Zain

2010/07/19 RADIX Fried Chicken (RFC), restoran makanan segera pertama negara berkonsepkan ayam organik menyasarkan tempoh 10 tahun untuk menawan pasaran makanan segera di Malaysia.

RFC yang juga restoran milik penuh HPA Industries Sdn Bhd (HPA), peneraju syarikat jualan langsung (MLM) Bumiputera di negara ini kini mempunyai tujuh cawangan di Semenanjung.

Premis terbaru RFC dibuka di Kubang Kerian, Kelantan akan dirasmikan pada 25 Julai ini oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Sebelum itu, pada 9 Julai lalu, RFC cawangan Perlis di Seriab, Kangar dirasmikan oleh Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad.

Ismail berkata, sasaran syarikat ialah mewujudkan 400 cawangan RFC menjelang 2020 di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak sama ada pembukaan sendiri oleh HPA atau sistem francais.

Menurutnya, RFC kini memiliki tujuh cawangan. RFC yang pertama dibuka pada Julai 2008 ialah di Lagenda Heights, Sungai Petani sebelum diperluaskan ke Alor Setar dan Bandar Laguna (juga di Sungai Petani).

Katanya, RFC kemudian dibuka di wilayah Selatan iaitu Kluang, Johor dan Melaka.

“Kini beberapa cawangan seperti Kuantan, Pahang serta Bangi dan Shah Alam di Selangor juga dijangka bakal beroperasi dalam tempoh terdekat.

“Kita menjangka pembukaan pesat cawangan RFC selepas kita memperoleh lesen francais,” katanya kepada Bisnes Metro di Alor Setar, Kedah baru-baru ini.

RFC ialah antara restoran makanan segera milik HPA selain Radix Chicken House (RCH), Radix Oriental Cuisine (ROC), Radix Pizza House (RPH) dan Radix Bakery House (RBH).

Kekuatan syarikat di bawah Kumpulan HPA ialah menggunakan herba dan kaedah organik, produk kumpulan syarikat berkenaan juga dijamin halal dan suci.

Friday, July 9, 2010

PRODUK BARU-KOKO MINDA PLUS


Produk minuman baru berasaskan koko yang dihasilkan oleh pihak Melaka Halal Food dan diedarkan oleh HPA.

Selain serbuk koko, bahan-bahan lain adalah terdiri daripada gula perang, krimer tanpa tenusu, ekstrak kurma, ekstrak madu, buah tin dan kismis.

Antara khasiatnya ialah sebagai sumber tenaga segera, merangsang perkembangan otak dan amat sesuai untuk anak-anak yang bersekolah mahupun yang belajar di IPT.

Harga Pengguna:
Semenanjung Malaysia : RM 20.00
Sabah & Sarawak : RM 22.00

Harga Pengedar HPA:
Semenanjung Malaysia : RM 18.00
Sabah & Sarawak : RM 20.00

Monday, July 5, 2010

CERAMAH AKTIVIS GAZA

Komuniti HPA Sungai Petani akan mengadakan program ceramah "Bersama Dr Syed Haleem Al Haddad"Beliau merupakan antara aktivis Malaysia yang turut menyertai Misi Kapal Flotila dan ditahan di dalam kejadian tersebut oleh tentera yahudi laknat.Dr Syed Haleem juga merupakan aktivis HPA yang memberikan sokongan padu terhadap perjuangan ini.
Tempat Ceramah : Dewan HPA Cawangan Aman Jaya,Sungai Petani
Tarikh :9-7-2010
Hari :Jumaat mlm Sabtu
Masa :9.00 malam

Semua muslimin muslimat dijemput hadir....



DR Halem ketika mengikuti program kepimpinan HPA satu ketika dahulu..


MAJLIS PERASMIAN RFC KANGAR

Dimaklumkan bahawa Majlis Perasmian RFC Kangar akan diadakan pada 09 JULAI 2010 (Jumaat), jam 3.00 petang….Majlis perasmian akan disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Mat Isa Bin Sabu…..insyallah

Semua ahli dan pemimpin HPA seluruh negara dijemput hadir..Pakaian Batik..