Sunday, March 28, 2010

AYAM ORGANIK HPA

Ayam yang dipelihara dengan cara organic lebih sehat daripada ayam yang diternak dengan kaedah konvensional. Kebiasaannya ayam diberikan ubat-ubatan kimia sejak dari peringkat umur 1 minggu lagi. Kematian diperingkat awal penternakan kebanyakan disebabkan oleh stress yang tinggi. Oleh sebab itu ubat kimia anti stress diberikan apabila melihat anak-anak ayam duduk berhimpun di satu tempat ataupun dijadikan sebagai peraturan yang tidak boleh ditinggalkan.

Air gula merah merupakan salah satu kaedah organic bahan anti-stress pada ayam. Ia akan menggantikan ubatan kimia di atas dengan lebih selamat dan alami. Ini merupakan langkah pengurangan penggunaan kimia dalam industry ayam sehinggalah ayam-ayam itu membesar bebas dari bahan kimia. Jadi jika kita memilih ayam organic HPA bererti kita sedang mengurangi timbunan kimia dalam tubuh. InsyaAllah.

Monday, March 22, 2010

INFO DARI GM (PROGRAM PSC)

Salam semua pada Pemimpin HPA Malaysia
Sila baca program yang akan dilaksanakan hanya oleh KPA,KPU,KPS,KPT dan KPSS
Untuk komentar dan cadangan tambahan sila email ke cwahidagm@yahoo.com atau just komen di Facebook saya.

KERTAS CADANGAN PROGRAM PENGGUNA SETIA CEMERLANG (PSC)
PENDAHULUAN

Setelah 5 tahun program PBC dilaksanakan adalah difikirkan perlu bagi pihak Al Wahida Marketing memperkenalkan satu program baru bagi mempercepatkan lonjakan jualan kearah pencapaian jualan RM20 juta. Program PSC dicadangkan untuk diperkenalkan oleh pihak Syarikat bukannya untuk menggantikan program PBC tetapi sebaliknya adalah bagi memantapkan lagi program tersebut.

MATLAMAT
Bagi melahirkan pengguna setia produk HPA dikalangan pengedar disamping menjana pendapatan yang selesa dengan cara yang mudah.

SIAPA YANG LAYAK MENYERTAI
Semua PB yang belum berpangkat

JANGKAMASA PROGRAM – 1 HARI (9 PAGI – 5 PTG)
INSENTIF PROGRAM: DINOBAT SEBAGAI PENGURUS MELATI (PLX) SETELAH
MAINTAIN 100 NM SELAMA 6 BULAN BERTURUT-TURUT
TEMPAT PROGRAM: HOTEL ATAU YANG SETARAF DENGANNYA
MODULE – 1. PENGENALAN SYARIKAT
2. MARKETING PLAN – BAGAIMANA MENJANA PENDAPATAN SELESA
MELALUI PROGRAM PSC
3. PRODUK KNOWLEDGE
BAYARAN – RM10 – RM30 TERMASUK BAHAN DAN MAKAN
BILANGAN PESERTA – (200 HINGGA 500) ORANG – (10 ORG PESERTA BG SETIAP PJS)

SYARAT PENYERTAAN
A. TELAH MEMBUAT PEMBELIAN 100 NM SEBULAN DALAM MANA2 BULAN DALAM TEMPOH 3 BULAN SEBELUM KURSUS. PESERTA DIKEHENDAKI MEMBUKTIKAN DENGAN MENYERTAKAN INVOIS PEMBELIAN SEMASA PENDAFTARAN BERSAMA DENGAN KAD PENGENALAN. PESERTA YANG MENGIKUTI PROGRAM PSC PADA BULAN PEMBELIAN SYARAT DIBUAT ATAU BULAN BERIKUTNYA HANYA PERLU MENERUSKAN MAINTAIN 100 NM SELAMA LIMA BULAN BERTERUSAN UTK MELAYAKAN MENDAPAT KENAIKAN PANGKAT PLX

B. HANYA PESERTA YANG HADIR LAYAK MENERIMA KENAIKAN PANGKAT. TIDAK DIBENARKAN PENGGANTI UNTUK HADIR KURSUS


C. PESERTA PERLU HADHIR SEPENUH MASA DALAM KURSUS

SYARAT PENGANJURAN

DIANJURKAN OLEH KELAB DAN PADA PERINGKAT PERMULAAN CUKUP SATU ATAU DUA PROGRAM UNTUK SATU KELAB. TARGET 500-1000 PESERTA SEBULAN

KENAPA PROGRAM PSC RATIONAL?

1. PSC TIDAK AKAN MENYEBABKAN PROGRAM PBC TERGENDALA MALAHAN AKAN MENJADIKANNYA LEBIH RANCAK KERANA MEREKA YG MENYERTAI PSC APABILA MENYERTAI PBC PADA BULAN BERIKUTNYA, HANYA PERLU MEMBUAT PENAMBAHAN 200 NM. DISAMPING ITU MEREKA JUGA AKAN MENJADI PESERTA PBC YANG LEBIH BERKUALITI KERANA TELAH FAHAM AKAN MATLAMAT DAN KELEBIHAN PBC.
2. PROGRAM PBC TELAH PUN BERJALAN SEJAK TAHUN 2005. SETELAH 5 TAHUN, RASANYA SUDAH SAMPAI WAKTU DAN KETIKA PARA PEMIMPIN DAN PENGEDAR DIDEDAHKAN DENGAN PROGRAM BARU YANG BOLEH MEMBANGKITKAN SEMANGAT MEREKA.
3. PSC AKAN MEMASTIKAN PESERTA MENERUSKAN PEMBELIAN SEKURANG2NYA 6 BULAN DIMANA ADA KALANYA PESERTA PBC HANYA MAMPU UNTUK MAINTAIN DALAM MASA 2 BULAN PERTAMA SELEPAS PBC
4. TERDAPAT DIKALANGAN PENGEDAR YANG HANYA SANGGUP MEMBERI MASA 1 HARI BAGI MENGIKUTI PROGRAM. INI ADALAH LEBIH MUDAH BAGI ORANG YANG KURANG SEMANGAT DAN KEYAKINAN.

ISLAM TERUS BERKEMBANG DI EROPAH

Perangkaan dan kajian menunjukkan beberapa negara kesatuan Eropah (EU) seperti Britain, Sepanyol dan belanda akan mempunyai kadar penduduk Muslim yang lebih tinggi dalam tempoh terdekat. Perangkaan 2008 menunjukkan lima peratus daripada keseluruhan jumlah penduduk di 27 negara Eropah terdiri di kalangan umat Islam.


Ini bukanlah suatu yang baru kerana Islam dan Eropah mempunyai sejarah yang tersendiri yang cukup lama sejak wujudnya era emas empayar Islam di Sepanyol selama lebih 700 tahun sebelum ditewaskan oleh raja Ferdinand dan Permaisuri Isabella. Akibatnya pada tahun 1609, orang Islam telah di bunuh dan dihalau dari benua berkenaan dan agama Islam dilarang pelaksanaannya sehinggalah Islam kembali diterima masyarakat moden Eropah hari ini.


Peranan, pengaruh dan sumbangan Islam kepada alam sejagat sangat besar sehingga ramai sejarawan dunia mengiktiraf sumbangan Islam kepada Timur dan Barat terutama dalam bidang intelektual, pembinaan, tamadun sains, kemajuan perubatan moden, perkembangan budaya dan falsafah, disiplin ilmu, pertanian dan sebagainya.


Orang Islam sepanyol mengarang salah satu daripa bab gemilang dalam sejarah intelek pada Zaman Pertengahan Eropah. Di antara pertengahan abad ke-8 dan permulaan abad ke-13, orang Arab ialah pemimpin utama dalam budaya dan peradaban di seluruh dunia. Kedua-dua bidang ini adalah perantara untuk memulih, menambah dan menyebar sains dan falsafah yang telah memunginkan pembaharuan di Eropah Barat.


Kajian mengenai Euro-Islam dalam jurnal Current History oleh William Finan, Ketika ini umat Islam di United Kingdom (UK) sahaja mempunyai lebih 1.8 juta penduduk Islam. Di Turki 72 juta umat Islam biarpun negara berkenaan belum diiktiraf sepenuhnya oleh negara Eropah lain.


Manakala pada tahun 2005 direkodkan Perancis mempunyai bilangan orang Islam paling ramai di Eropah iaitu kira-kira 5 juta, Jerman 3 juta, Itali 2 juta, Belanda 730,000, Austria 300,000, Belgium 290,000, Sweden 250,000 dan Sepanyol hanya tiggal 3 peratus sahaja iaitu sebanyak 350,000 umat Islam.


sumber dari harian metro 22 Mac 2010.

Saturday, March 20, 2010

JANGAN TERPEDAYA!

Jadilah pengguna yang prihatin..


GAMBAR-GAMBAR SEKITAR TINJAUAN PPIM,PENGADU DAN PIHAK MEDIA DI CARREFOUR KOTA DAMANSARA PADA 11 MAC 2010.


MENGIKUT KENYATAAN PENGURUSAN CARREFOUR KEPADA PEGAWAI PERHUBUNGAN & KOMUNIKASI PPIM, PN ROSNANI PAGI INI,MEREKA AKAN MENARIK PENJUALAN PRODUK MEREKA DI CAWANGAN-CAWANGAN MEREKA BAGI MENGHORMATI PENGGUNA DI MALAYSIA.


Kesalahan pada ejaan yang jelas amat meragukan




BOIKOTTTTTTTTTTTTTTTTT....................

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) merasa amat bimbang apabila mendapati Syarikat Coca-Cola akan mendirikan kilang pembotolan minumannya di Negeri Sembilan, Malaysia. Ketika majlis pecah tanah yang diadakan pada 16 Mac 2010 di Bandar Enstek, Nilai, wakil syarikat menyatakan bahawa Coca-Cola akan menguasai pasaran minuman tempatan yang akan mensasarkan lebih daripada 60% penduduk iaitu mereka yang berusia di bawah 30 tahun.


Minuman Coca-Cola itu sendiri sebenarnya tidak elok, ia tidak lebih daripada karbonat, pewarna, asid, perisa, air yang dimaniskan yang berbahaya kepada kesihatan. Syarikat Coca-Cola juga tidak dapat lari daripada kontroversi kerana didakwa mencabuli hak asasi manusia dan alam sekitar di beberapa buah negara.


Tidak dapat dinafikan bahawa minuman ringan yang dipenuhi dengan gula seperti Coca-Cola mempunyai kesan negatif ke atas kesihatan. Malaysia merupakan negara ke-8 pengguna gula tertinggi di dunia dengan purata 26 sudu teh gula sehari diambil oleh setiap rakyat Malaysia.


Ujian oleh CAP mendapati minuman ringan di dalam tin mempunyai kandungan gula antara 4 – 8 sudu teh dan Coca-Cola mengandungi 7 sudu teh gula. Apabila Syarikat Coca-Cola merancang untuk mensasarkan belia Malaysia, kami bimbang akan implikasi kesihatan yang akan dibawa olehnya.


Gula bukanlah sebahagian daripada diet semula jadi kita, jadi walaupun satu tin minuman ringan diambil sehari, ia adalah tidak sihat dan tidak perlu sama sekali. Malah pada hakikatnya terdapat lebih daripada 60 penyakit yang telah dikaitkan dengan pengambilan gula dalam dokumen perubatan. Kerajaan Malaysia melalui kementeriannya menjalankan kempen untuk mengurangkan pengambilan gula. Adalah menjadi satu ironi untuk membenarkan pembinaan kilang Coca-Cola di Malaysia memandangkan ia jelas merendahkan usaha untuk mengurangkan pengambilan gula.


Kami amat bimbang bahawa lebih ramai orang yang akan dijangkiti dengan penyakit yang dikaitkan dengan gula dan obesiti dengan menjemput Syarikat Coca-Cola untuk membina kilang pembotolan di negara ini dan berdasarkan strategi pemasarannya. Adakah kerajaan melakukan penyelidikan yang sempurna sebelum meluluskan pelaburan ini, yang jelas diluluskan secara cepat sepertimana yang dilaporkan bahawa syarikat itu hanya mengambil masa empat bulan selepas perbincangan awal untuk menubuhkan kilang itu di sini.


Bagaimana dengan permintaan untuk air bagi kilang ini? Berapa banyakkah air yang akan digunakan oleh kilang ini dan dari mana sumber air ini akan diambil? Baru-baru ini terdapat laporan berhubung catuan air di Seremban akibat kemarau panjang dan kekurangan hujan di kawasan tadahan air. Kekurangan air ini akan kerap berlaku akibat kesan daripada perubahan iklim.


Selepas kilang Coca-Cola ini mula beroperasi, kami bimbang air yang amat diperlukan oleh orang ramai ini akan dialihkan kepada pihak industri. Perkara ini perlu diambil serius memandangkan Syarikat Coca-Cola mempunyai reputasi yang buruk dalam bentuk konflik dengan komuniti dalam perjuangan mereka untuk mendapatkan air. Jawapan kepada kekurangan air bukanlah dengan membina lebih banyak empangan kerana empangan boleh menyebabkan kesan negatif kepada alam sekitar.


Perjuangan untuk mempertahankan alam sekitar terhadap Coca-Cola di India seharusnya menjadi amaran kepada kita. Amalan Syarikat Coca-Cola di beberapa negeri di India telah mengakibatkan kesukaran kepada komuniti, ia termasuklah kekurangan air yang serius, pencemaran, masalah kesihatan, kelaparan dan kehilangan pendapatan daripada pertanian.


Rekod buruk Coca-Cola tidak terhad kepada India sahaja, ia juga berdepan dengan dakwaan pencabulan hak asasi manusia, pencabulan terhadap buruh dan pencabulan terhadap buruh kontrak di Colombia, Turki, Pakistan, China, Afrika Selatan, dan Guatemala.


Kami berpendapat pembinaan kilang Syarikat Coca-Cola ini akan menjejaskan komuniti, kesihatan awam dan alam sekitar. Sehubungan itu, CAP menuntut agar kerajaan Malaysia membatalkan rancangan untuk membina kilang Coca-Cola di negara ini.


SM Mohamed Idris,

Saturday, March 13, 2010

HARAPAN TN HJ ISMAIL,PU

Tarikh lahir dan tandatangan.
Pelbagai kursus tentang tarikh lahir kini muncul dalam pasaran. Mudah-mudahan ahli-ahli HPA maupun pemimpin-pemimpinnya apatah lagi PJS tidak terlibat dalam program sedemikian. Menentukan sesaorang (apa sahaja) berdasarkan tarikh lahir, sesuatu yang tidak ada dalam Islam. Apatah lagi jika kepercayaan ini menjadi aqidah atau sebagai pegangan sudah tentulah akan menyebabkan berlakunya gejala syirik. Nauzubillah.

Jika anda dapat mengetahui nasib melalui tarikh lahir maupun tandatangan sudah tentu anda dapat mengetahui perkara yang ghaib(akan datang ) sedangkan Rasulullah saw sendiri menyatakan baginda pun tidak mengetahui perkara akan datang kecuali sesudah mendapat wahyu. Ajaran menentukan nasib berdasarkan tarikh lahir benar benar bidaah yang sesat lagi menyesatkan.

Sesuatu yang berunsur ibadah asalnya perbuatan itu diharamkan kecuali jika terdapat didalam Quran maupun hadis. Oleh sebab itu mengadakan kursus dengan tujuan memahami tarikh lahir merupakan ramalan dan takutlah dengan pesanan Rasullulah saw bahawa orang yang mendatangi peramal(tukang nujum) tertolak amal ibadatnya 40 hari dan dalam hadis yang lain menyebut jika ia percaya,dia telah kufur kepada apa yang telah diturunkan kepada Nabi saw(Quran)

Hanya masyarakat minda kelas kedua sahaja yang percaya hal ini sedangkan mereka meninggalkan ilmu-ilmu yang wajib dituntuti dengan tarikh lahir dan tandatangan.Semoga Allah memberi taufik kepada golongan ini dan kembali kepada Islam yang syumul Amin.

Wednesday, March 10, 2010

KEMBARA GEOPARK LANGKAWI PERMATA KEDAH



BERMULA JAM 10.45PAGI KUMPULAN KEMBARA PUSAT AGENSI LANGKAWI YANG DIKETUAI OLEH PENGERUSI BERSAMA SETIAUSAHA,AJK STAF CAWANGAN LANGKAWI DAN HERBALIS SHAMSUDIN ABDULLAH MENYUSURI SUNGAI KILIM MENAIKI BOT MENIKMATI KEBESARAN ALLAH KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI SEPERTI 'FISH FARM', GUA BUAYA,'EAGLE FEEDING',PULAU KASUT,PULAU KELUANG,PULAU KAPAL DAN 'FISH FEEDING' DI PULAU DANGLI.SUNGGUH MENGUJAKAN PERJALANAN KEMBARA INI!MASA YANG DIAMBIL HAMPIR 4 JAM DAN DIPANGGIL 'MANGROVE TOUR'.

AMAT MENAKJUBKAN SEKALI APABILA MELIHAT KEHEBATAN CIPTAAN-NYA.KAMI JUGA DIBERI TAKLIMAT SEPANJANG KEMBARA OLEH HERBALIS SHAMSUDIN YANG JUGA SEORANG PEMANDU PELANCONG YANG BERPENGALAMAN.SATU PENGALAMAN BARU DAPAT BERMESRA DENGAN IKAN SUMPIT DI FISH FARM.IKAN INI AKAN MENYUMPIT AIR LAUT UNTUK MENDAPATKAN ROTI YANG DILEKATKAN DITIANG KOLAM IKAN TERSEBUT.LEBIH MENYERONOKKAN LAGI,SEMUA YANG TERLIBAT DALAM PERNIAGAAN INI ADALAH BUMIPUTRA MELAYU TEMPATAN.SEMPAT JUGA TUAN PENGERUSI KEMPEN TENTANG HPA KEPADA PENJAGA PINTU GUA KELAWAR..

SATU KENANGAN MANIS YANG SUKAR UNTUK DILUPAKAN.TUAN PENGERUSI MENCADANGKAN SATU LAGI PROGRAM SEBEGINI ATAU HARI KELUARGA DIADAKAN.PARA PEMIMPIN DAN LEADER DIJEMPUT DATANG KE LANGKAWI DAN JANGAN LUPA UNTUK MENIKMATI PENGALAMAN MANIS INI...KUMPULAN KEMBARA ADALAH TERDIRI DARIPADA,PJS AHMAD ZAKI MOHD NOR(PENGERUSI KOMUNITI),EN MOHAMAD FADZLI ABDULLAH(SETIAUSAHA KOMUNITI).PN RUSITA SAAD(AJK KOMUNITI),MOHAMAD NAIM OMAR(STAF HPA LANGKAWI),HERBALIS SHAMSUDIN ABDULLAH(STOKIS DAN PEMANDU PELANCONG) DAN 2 ORANG RAKAN EN SHAMSUDIN.SEKALUNG PENGHARGAAN DARIPADA KAMI KEPADA EN SHAMSUDIN KERANA TELAH MEMBERIKAN PELUANG YANG BERHARGA INI KEPADA KAMI SEMUA...

Tuesday, March 9, 2010

PROGRAM TAKLIMAT KEPADA STAF JAB. PERANGKAAN LANGKAWI



SATU TAKLIMAT ISU HALAL DAN HARAM TELAH DIBERIKAN OLEH PENGERUSI KOMUNITI HPA LANGKAWI,PJS AHMAD ZAKI HJ MOHD NOR KEPADA STAF-STAF JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA LANGKAWI PADA HARI SELASA,09 MAC 2010 BERTEMPAT DI BILIK MESYUARAT JAB PERANGKAAN LANGKAWI,TINGKAT 5, PLAZA LANGKAWI,KEDAH.

PROGRAM PEMANTAPAN BERSAMA PJS PJM HJH SHARIFAH SULAIMAN DAN PJS SUBRI MURAD

Tuesday, March 2, 2010

KERJASAMA BISNES AGENSI DAN SPA






PUSAT AGENSI HPA LANGKAWI MENGADAKAN KERJASAMA STRATEGIK DENGAN NUR KASEH BUTIK DAN SPA DALAM USAHA MENGEMBANGKAN LAGI PERNIAGAAN HERBA HPA INDUSTRIES SDN BHD DALAM BIDANG URUTAN TRADISIONAL DENGAN SINERGI PRODUK HERBA HPA.

SELAIN ITU,KURSUS-KURSUS RAWATAN BERKAITAN AKAN DIJALANKAN DIBAWAH PENGURUSAN PUSAT AGENSI HPA LANGKAWI YANG BERTAPAK DI PLAZA MARA,JALAN AYER HANGAT, LANGKAWI KEDAH.

PENGURUS PUSAT AGENSI,USTAZ AHMAD ZAKI KETIKA DITEMUI BLOGMASTER BERKATA,'SATU LAGI SENJATA DALAM PERJUANGAN HPA UNTUK MENARIK MINAT ORANG RAMAI MENYERTAI HPA ADALAH MELALUI MERAWAT DAN MENDIAGNOS.SEKARANG INI,ORANG RAMAI TERCARI-CARI UBATAN HERBA UNTUK MERAWAT PENYAKIT SEBAGAI ALTERNATIF KEPADA UBATAN MODEN TETAPI MENGETAHUI TIDAK HAKIKAT PERNIAGAAN HPA ADALAH UBATAN HERBA TRADISIONAL.SELAIN ITU KATANYA,AGENSI DALAM USAHA MELAHIRKAN LEBIH RAMAI USAHAWAN MUSLIM YANG BERJAYA BUKAN SAHAJA DI DUNIA BAHKAN JUGA DI AKHIRAT,INSYAALLAH.PIHAK KAMI AKAN MEMASTIKAN SETIAP RUMAH DI LANGKAWI AKAN MENGGUNAKAN PRODUK HALAL KELUARAN HPA,INSYAALLAH KITA AKAN GEMPUR HABIS-HABISAN.'

BELIAU JUGA MEMBERITAHU,KELAS PERUBATAN AKAN DIADAKAN SEMULA DENGAN BANTUAN HERBALIS TEMPATAN DAN JUGA LUAR.KAMI MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN PIHAK HERBALIS DARI LUAR UNTUK KELAS DI LANGKAWI,KATANYA.DENGAN ADANYA KELAS INI,AHLI HPA AKAN MENJADI LEBIH MANTAP DISAMPING MENAMBAH PENGETAHUAN TENTANG PERAWATAN ILAHIAH DAN ALAMIAH.

BELIAU MEMINTA AGAR SEMUA AHLI HPA AGAR MENERUSKAN USAHA MURNINYA AGAR PRODUK HPA AKAN BERADA DIPANGKUAN SETIAP UMAT ISLAM DIBUMI LANGKAWI KHUSUSNYA DAN TERUSKAN PERJUANGAN!AMIN.