Monday, January 31, 2011

Harga Baru Produk HPA Mulai 1hb Feb 2011

Senarai Harga baru produk HPA 2011.

# Download excel: http://hpa.com.my/produk/harga2011.xls
# Melihat terus di web: http://www.hpa.com.my/produk

Berkuatkuasa 1hb Feb 2011. Harap maklum

Nota: Semua yaang terlibat sila hebahkan
Pertanyaan hubungi Puan Rashidah (049776805) atau En.Kamal (013-4804717)

Sunday, January 30, 2011

Facebook : Perubatan Jawi (Tn HJ Ismail HJ Ahmad)


1) Jam tawaf HPA yang unik bukan hanya pusingannya yang mengikut tawaf tetapi nombor dan warna jarumnya juga mempunyai ciri tersendiri. Logo HPA pada pemutar jarum sangat seni lagi klasik. Jam untuk aktiviti lasak sesuai dengan ahli HPA yang agresif dalam memasarkan produk halal pada umum...

2) Semua packaging produk akan dibaiki semula bagi mewujudkan daya iklan yang tinggi. Lihatlah nanti di konvek produk produk baru dalam kemasan menarik dan kualiti pasaran export...

3) HPA juga mengeluarkan minuman dari susu kambing yang dinamakan radix goat dan akan dirasmikan dalam konvek tahun ini.InsyaAllah sinergi yang sangat berkhasiat dari HPA untuk tahun 2011...

4) Lirik lagu dalam album hijrah aku dihadiahkan kepada semua ahli HPA dan staf yang membeli cd asli( bukan tiruan) sebagai ingatanku pada usaha kalian semua berjuang membangunkan HPA . Tempoh masa yang diambil untuk menyiapkan lirik.as syafi(3 jam), hijrah (2 jam), usahawan( sajak lama ) solatlah permata hatiku ( 2 jam), sangkar hidup (2.5 jam), ubatan hakiki (2 jam).Sudilah mendengarnya buat teman dalam perjalanan...

5) Tak ada lagi tungkat ali di pinggir hutan,tak ada lagi teras teja di belukar kampung, tak ada lagi tebu gajah di tepi sungai, tak ada lagi pokok larak dalam kebun durian, tak ada lagi herba yang mudah kita ambil. Bukit sudah gondol, hutan menjadi ladang sawit, orang tua tak kuat memanjat gunung atau kehutan rimba.Adakah lagi ubatan yang harga cuma rm20 pada masa kini? jawapanya ada dalam HPA...


Thursday, January 27, 2011

SELAMAT DATANG GM DAN PRESIDEN KPU


PENGURUS BESAR AWM SDN BHD
EN MOHAMAD FAISOL ABD RAHMAN


PRESIDEN KELAB PEMIMPIN UTARA
TN HJ AZIZAN HJ AHMAD

~مرحبا بكم في لانكاوي~
KOMUNITI LANGKAWI MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA EN MOHAMAD FAISOL ABD RAHMAN,GM ALWAHIDA MRKTG S/B DAN TN HJ AZIZAN HJ AHMAD,PRESIDEN KPU KE SEMINAR ANJURAN SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA BERTEMPAT DI PULAU LANGKAWI PERMATA KEDAH.

Wednesday, January 26, 2011

INILAH JALAN KITA



Inilah jalan kita ...
kita sebenarnya memilih jalan ini
kerana kita sangat pasti
jalan kita ...
jalan kebenaran
jalan kita ...
jalan perjuangan
bukan hanya bicara laba untuk dunia
yang lebih penting
sebuah persiapan ke sana ...

persinggahan ini cuma sebentar
mungkin lebih pendek dari sehela nafas
tapi perjalanan sangat panjang
kerana penghujungnya juga tidak kelihatan

tersisih dari golongan kita
mereka yang ingin mencipta di atas hasil yang segera
sudah pasti sama sahaja
liku, lurah dan gunung
perlu dahulu dilaluinya ...

jika kita berhenti
pastikan untuk sekadar sahaja
hilang lelah, teruskan
meskipun kaki luka dan berdarah

Inilah jalan kita ...
yang menuntut seribu kekuatan di jiwa
jangan biarkan lemah menguasai diri
bangunlah berdiri dengan berani
sekali kita rebah
seribu tahun kita akan terus berlari.

Nukilan : Tuan Haji Ismail Haji Ahmad

Tuesday, January 25, 2011

Pelancaran Album UNIC - HIJRAH



Pelancaran Album UNIC – Hijrah, terbitan bersama HPA – UNIC. Album ini akan dilancarkan pada 5hb Feb 2011 sempena Konvek HPA Malaysia 2011. Album ini mengadungi 10 lagu dengan 6 lagu baru yang mana liriknya telah di tulis sendiri oleh Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad. Tunggu kemunculan…