Wednesday, April 28, 2010

KENCING MANIS

Orang yang mengidap sakit kencing manis ,tubuhnya sangat mengharapkan sesuatu yang manis. Ini merupakan kecelaruan mekanisma tubuh dalam mengenal pasti antara keperluan dan pemintaan. Bagitu juga dengan orang yang ada masalah darah tinggi sentiasa berkehendakkan sesuatu yang masin.

Sel perasa di atas lidah sudah tidak lagi dapat memberi petunjuk yang betul kerana baginya sesuatu yang terlalu manis itu baru berada pada tahap manis biasa dan bagitu juga masin. Oleh sebab itu kekuatan akal diperlukan dalam menguasai emosi dan kehendak kerana mekanisma hemeostatik sudah tidak seiring dengan keperluan tubuh.

Sama seperti seorang yang berada dalam bilik hawadingin,walaupun mengalami kekeringan air tetapi tetap tidak haus kerana persekitaran dingin telah mempengaruhi tubuhnya. Akhirnya sesaorang itu akan terasa sakit di bahagian kepala dan pinggang kerana cairan pada otak dan pada tulang lumbar akan digunakan.

Dinasihati pada pesakit kencing manis juga jangan mengambil air ais batu kerana ini juga akan menyebabkan tubuh menjadi lembab untuk bekerja dan gula kemudianya akan ditukar menjadi lemak yang sukar untuk dihilangkan. Minum air hangat atau suam terutama sewaktu hendak tidur malam kerana ini akan membantu mendapatkan tidur yang berkualiti kerana kencing manis dan darah tinggi akan semakin serius jika tidur tidak berkualiti.

Bukan itu sahaja,tidur di awal malam sangat baik untuk penyembuhan kedua penyakit ini daripada tidur lewat kerana penaruh hormone melatonin dalam menurunkan glukosa dalam darah dan tekanan darah tinggi . Proses ini berlaku pada awal malam di mana pineal gland merembeskan melatonin pada 1/3 malam yang pertama bermula dari waktu lepas magrib.

Meninggalkan makan nasi merupakan satu tindakan drastic untuk menurunkan gula dalam darah. Boleh mengambil nasi dalam kuantiti yang sedikit pada waktu tengahari dan jangan ambil pada malam hari.

Kencing Manis yang serious memerlukan displin pemakanan yang kuat kerana tanpa displin masalah penyakit ini sukar diubati. Jangan memandang mudah pesakit kencing manis yang luka kerana luka tersebut akan menyebabkan berlakunya jangkitan kuman dan pesakit boleh jadi koma dan meninggal.

Penyakit kencing manis juga akan menjadikan tubuh malas untuk bergerak ,mengantuk dan suka tidur lepas makan. Makanan akan member kesan tenaga sebentar sahaja kemudian menggigil semula dan memerlukan makanan lagi. Makanan kebanyakannya akan ditukar menjadi lemak dan terjadilah obesiti. Lama kelamaan gula akan merosakan buah pinggang,melemahkan jantung mengakibatkan tubuh semakin ditekan dengan penyakit penyakit baru.

Mengambil herba sama seperti menyapu sampah sarap daripada longkang yang tersumbat. Kadar gula akan semakin berkurangan hasil sinergi antara pemakanan dan ubatan. Ubatan menjadi penyapu dan pemakanan tanpa gula,beras,santan dan roti menjadi air yang akan turut mengalirkan sampah keluar tubuh. Tanpa makanan ,herba tidak berkesan dan tanpa herba makanan juga tidak berkesan. Inilah yang kita perlu tahu untuk perubatan herba yang berkesan InsyaAlah.


TN HJ ISMAIL HJ AHMAD,JAWI MEDICINAL HERB

Saturday, April 24, 2010

PROGRAM PEMANTAPAN MEI

KELAB KOMUNITI HPA LANGKAWI
d/a CAWANGAN HPA LANGKAWI,
No.9 Taman Bendang Baru,
Jalan Penarak,
07000 Langkawi Kedah.
Tel : 012 438 6897(s/u)


25 April 2010

Kepada,


Tuan /Puan / Encik / Cik,


PROGRAM PEMANTAPAN MEI 2010


Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.


2. Dimaklumkan Tuan/Puan/Encik/Cik dijemput untuk hadir sama di dalam Program Pemantapan “Cara Penajaan Berkesan” bagi lepasan PBC dan ahli baru anjuran Komuniti HPA Langkawi seperti berikut:


Tarikh : 01 Mei 2010
Masa : 8:30 Pagi – 1:30 T/hari
Tempat : Cawangan HPA Langkawi
Taman Bendang Baru 07000 Langkawi Kedah.
Pembentang : PJS Ust Sobri Bin Ahmad
PJS Ahmad Zaki Mohd Nor
Bayaran : PERCUMA


Kerjasama dan sokongan pihak Tuan/ Puan/ Encik/Cik bagi melancarkan program ini amatlah dihargai.


Sekian, didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.



Yang Benar


.............................
(Mohamad Fadzli Bin Abdullah)
Setiausaha Komuniti HPA Langkawi




Sk: 1) PJS Jamaliah Omar
Penasihat Komuniti HPA Langkawi
2) PJS Ahmad Zaki HJ Mohd Nor
Pengerusi Komuniti HPA Langkawi

Tuesday, April 20, 2010

PETIKAN F/BOOK PU: PERUBATAN JAWI

20HB APRIL 2010


1.Buku "soal jawab MLMS" (80 m/surat) dan CD kuliah KPJ Sungai Petani(1jam 40minit) boleh di beli melalui HPA CALL CENTRE . Buku harga rm20 dan CD harga rm 5 (tidak termasuk kos pos). sila hubungi segera.

2.4 sediaan herba untuk batuk dari HPA iaitu 1. Madulia 2. RTD Asam Jawa 3. Teh Hirta 4. kordial asiatica. Pilih yang mempunyai keserasian dengan tubuh,insyaAllah akan berlaku kesembuhan. Jangan guna ubat batuk yang mengandungi alkohol.

3.Masalah buang air besar keluar darah atau diare(cirit birit) gunakan teh sepang. Rendamkan teh dalam segelas air panas ,tunggu sehingga warna air menjadi merah terang. minum 3 kali sehari. Teh tersebut masih boleh lagi digunakan selagi mengeluarkan warna merah. Minum hingga sembuh. InsyaAllah.

4.Periksa kuku tangan,licin atau bergelombang? kalau ada lekukan menandakan kelemahan di hati. Cepat makan herba yang mengandungi ramuan pokok teja lawang kerana kajian terakhir mendapati minyak dari teja lawang melindungi kerosakan hati. Produk HPA yang ada pokok teja lawang ialah kopi radix, kapsul radix, paramaria plus, kopi diet dan herba tuju angin.

5.HPA CALL CENTRE dah mula beroperasi, sebarang masalah, tanyajawab, order produk bagi kawasan yang tiada stokis dan lain-lain lagi, sila hubungi 04 9776805 (dari jam 9 - 11 malam).

KENYATAAN RASMI GM ISU KOPI RADIX PALSU DAN KOPI RADIX BAWAH HARGA

Salam semua sekali.

Kejadian ini kembali berulang dan dilakukan oleh sendikit “TAUKEH” yang sememangnya terkenal dengan istilah “KALAU TIDAK PENIPU MAKA ITU BUKAN TAUKEH”. Sah mereka ini sering kali memberi ancaman kepada kita khususnya umat Islam yang ingin mensukseskan perniagaan HALAL & TOYYIBAN. Tektik mereka sungguh licik dan amat susah di kesan. Diantaranya adalah seperti berikut;

i) Berpura menjadi ahli yang kononnya ingin memasarkan Kopi Radix Asli, namun diselit dengan Kopi Radix Palsu.
ii) Menggunakan nama keahlian Melayu sebagai penyamaran dan melakukan akibiti haram ini. Malangnya ada yang sanggup mengadaikan maruah kepada Taukeh ini untuk sedikit habuan yang mereka tidak sedar akan menghancurkan perniagaan Umat Islam. Hal ini di kesan berlaku di Perlis, Seberang Perai, Kulim, Kelantan, Perak Utara dan Selangor.
iii) Memasarkan Kopi Palsu dan dijual di bawah harga ke sebahagian besar kedai Borong dan Pasaraya.

Justeru itu pihak HPA dengan resminya mengistiharkan demi keselamatan pengguna, maka semua KOPI RADIX yang berada di PASARAYA dan PEMBORONG adalah tidak sah dan PALSU.
Pihak HQ dengan ini akan tidak akan membenarkan lagi penjualan KOPI RADIX ke mana-mana pasaraya dan kedai BORONG bagi mengelakan kecelaruan pengguna terhadap penggunaan KOPI RADIX.
Pihak HQ akan menamatkan serta merta tanpa rayuan mulai sekarang kepada mana-mana pengedar yang didapati melakukan salah guna menjual secara salah laku hingga mengganggu pasaran KOPI RADIX masakini.
Pihak HQ juga akan mengambil tindakan kepada pengedar yang didapati melakukan unsur lawan harga kepada pekedai dan peruncit sehingga mengganggu gugat keharmonian pasaran ini.

Kepada pembaca blog ini sila sebarkan segera kepada blog-blog yang lain.

KEMPEN BOIKOT KOPI RADIX PALSU!



Kempen Boikot Kopi Radix Palsu..Boikot semua pasaraya cina yg jual kopi
RADIX krn semua kopi RADIX di pasaraya cina disahkan palsu.
JOM sedarkan warung, restoren Melayu kita agar jgn jd mangsa sindiket
Kopi Radix Palsu.
Pihak HPA tidak pernah melantik mana2 pasaraya sbg agen stok. Mari kita beli produk yg original HANYA DI CAWANGAN-CAWANGAN DAN JUGA AGEN STOK YANG DILANTIK...Jangan kita bersekongkol dengan sindiket yang tidak bertanggungjawab ini.

KURSUS PERKONGSIAN BIJAK CEMERLANG

PBC terdekat anjuran Komuniti HPA Langkawi akan diadakan pada :

Tarikh : 14 & 15 MEI 2010
Hari : Jumaat & Sabtu
Tempat : Institut Pengurusan Peladang (IPP) Langkawi
Bayaran : rm 160.00 (penginapan,makan & bahan kursus)
Pendaftaran : 8.00 Pagi (Jumaat)


Untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran,sila hubungi Setiausaha program,En Mohamad Fadzli ditalian 012-4386897 @ 013-4923676.


'PBC MENJANA PENDAPATAN 5 ANGKA SEBULAN'

"PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

Saturday, April 17, 2010

PERJUANGAN

KIRANYA...
KAU BISA MEMAHAMI
APAKAH ERTINYA SEBUAH PERJUANGAN
TENTUNYA KAU TIDAK AKAN BERTANYA
MASA SUNYI YANG KAU RASAKAN ITU
MASIHKAH ADA LAGI SISA-SISA CINTA


CUMA KITA SERING TERPISAH
PADA WAKTU YANG CEPAT BERLALU
KUNTUM-KUNTUM BUNGA TAK SEMPAT LAGI
KUKUTIP UNTUKMU
BUAT PENGUBAT RINDU


BERSABARLAH......
KERANA KEBAHAGIAAN ITU BERADA
DIBALIK SEBUAH PERJUANGAN...


OLEH TN HJ ISMAIL BIN HJ AHMAD,JAWI MEDICINAL HERB

MAAHAD AL-IHSANIAH (MANHAL-HPA)

PENGAMBILAN PELAJAR SESI JULAI 2010


Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon lepasan SPM yang berkelayakan untuk mengikuti pengajian peringkat Diploma secara Penuh Masa di Manhal-HPA (Sg. Petani) bagi sesi kemasukan Julai 2010 dalam bidang :
1. DIPLOMA SYARI’AH ISLAMIYAH
2. DIPLOMA USULUDDIN
3. DIPLOMA TAKHASSUS QIRAAT

Syarat Kelayakan :
1. Terbuka kepada warganegara dan bukan warganegara Malaysia
2. Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam 3 mata pelajaran DAN lulus mana-mana 2 mata pelajaran berikut ;
o Pendidikan Islam
o Tasawwur Islam
o Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
o Pendidikan Syariah Islamiah
o Bahasa Arab Komunikasi, ATAU
3. Lulus salah satu pengajian peringkat sijil berikut :
o Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), atau
o Sijil Tinggi Agama yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Negeri, atau
o Sijil Empat Thanawiy, atau
o Kelulusan lain yang setaraf dengan Sijil Tinggi Agama serta diperakui oleh pihak Manhal-HPA, atau
o Kelulusan lain yang setaraf dengan Sijil Pelajaran Malaysia (bagi bukan warganegara) yang diperakui oleh pihak Manhal HPA.


Permohonan boleh dikemukakan menggunakan borang yang boleh didapati
di mana-mana cawangan HPA atau muat turun melalui web : www.hpa.com.my

Hantarkan permohonan lengkap bersama dokumen yang diperlukan kepada :
BAHAGIAN KEMASUKAN/RAKOD PELAJAR
Pengurusan Maahad Al-Ihsaniah (Manhal-HPA Sg. Petani)
No. 11, Tingkat 1, Jalan Cempaka 1/1, Bandar Amanjaya, 08000 Sg. Petani, Kedah
Tel : 04-4419094 Faks : 04-4419254

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 31 MEI 2010


“PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA”

Tuesday, April 6, 2010

KULIAH PERUBATAN JAWI (KPJ) LANGKAWI

DENGAN SEGALA HORMATNYA ANDA SEMUA DIJEMPUT HADIR KE KPJ YANG AKAN DIADAKAN PADA :

TARIKH : 10 APRIL 2010
HARI : SABTU
MASA : 8.45 MALAM
TEMPAT : DEWAN INSTITUT PENGURUSAN PELADANG LANGKAWI (BERHADAPAN MAHKAMAH LANGKAWI)

MASUK ADALAH PERCUMA!DATANGLAH BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN LAGI KPJ LANGKAWI!

Saturday, April 3, 2010

KURSUS PERKONGSIAN BIJAK CEMERLANG

PBC LANGKAWI BAGI BULAN APRIL AKAN DIADAKAN SEPERTI BERIKUT:

TARIKH : 09 DAN 10 APRIL 2010
HARI : JUMAAT DAN SABTU
TEMPAT : EAGLE BAY HOTEL
BAYARAN : RM 160.00

TEMPAT ADALAH TERHAD KEPADA 40 PESERTA SAHAJA!DAFTAR SEGERA!
UNTUK PERTANYAAN HUBUNGI SETIAUSAHA KOMUNITI, EN FADZLI DITALIAN 012-4386897.

KETAHUI RAHSIA MENJANA PENDAPATAN 5 ANGKA SEBULAN MELALUI PBC.

"PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

TENTATIF PROGRAM

JUMAAT (09 APRIL 2010)

MASA MODUL DAN AKTIVITI
8.00 AM – 8.45 AM PENDAFTARAN
8.45 AM – 9.00 AM ALUAN PENGERUSI & TAKLIMAT KURSUS
9.00 AM – 10.15 AM MODUL 1 – PENGENALAN SYARIKAT
OLEH PJS TN SYED AGEEL SYED MAHAYADDIN

10.15 AM – 10.30 AM MINUM PAGI

10.30 AM – 12.00 PM MODUL 2 – GERAKKERJA 6M
OLEH PJS TN SYED AGEEL SYED MAHAYADDIN

12.00 PM – 2.30 PM ‘CHECK-IN’,MAKAN TENGAHARI, & SOLAT JUMAAT

2.30 PM – 4.00 PM MODUL 3 – DIAGNOS PENYAKIT MELALUI SARAF TAPAK TANGAN
OLEH PJS PN JAMALIAH OMAR

4.00 PM – 5.00 PM MODUL 4 – LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK)

5.00 PM – 5.30 PM MINUM PETANG & SOLAT ASAR

5.30 PM – 7.00 PM LATIHAN DALAM KUMPULAN

7.00 PM – 9.00 PM MAKAN MALAM, SOLAT MAGHRIB, REHAT, & SOLAT ‘ISYA’

9.00 PM – 9.30 PM BERSAMA BINTANG

9.30 PM – 10.30 PM MODUL 5 – PLAN PEMASARAN ERA BARU-ADIL DAN SUKSES
OLEH PJS HJ ISMAIL OTHMAN

10.30 PM – 11.30 PM DEMO,MUHASABAH DIRI DAN KUDAPAN MALAM


SABTU (10 APRIL 2010)

5.30 AM – 7.00 AM MODUL 6 – QIYAMULLAIL, SOLAT SUBUH DAN KULIAH SUBUH

7.00 AM – 8.30 AM SARAPAN & PERSIAPAN DIRI

8.30 AM – 9.00 AM MODUL 7 – ZIKIR AL-MA’THURAT

9.00 AM – 11.30 AM MODUL 8 – PRODUK PILIHAN – KOPI RADIX
OLEH PJS HJ MOHD NADZRI BIN HJ AHMAD

11.30 AM – 1.00 PM MODUL 10 – ISU HALAL DAN HARAM DLM PEMAKANAN
OLEH PJS AHMAD ZAKI HJ MOHD NOR

1.00 PM -2.00 PM ‘CHECK-OUT’, MAKAN TENGAHARI & SOLAT ZUHUR

2.00 PM – 3.00 PM PEMBENTANGAN LDK

3.00 PM – 5.30 PM PENYAMPAIAN HADIAH, DOKUMENTASI DAN DOA PENUTUP

Friday, April 2, 2010

PBC JITRA MERIAH



DENGAN PESERTA SERAMAI LEBIH KURANG 130 ORANG MENJADIKAN PBC KOMUNITI JITRA KALI INI(2-3 APRIL 2010) LEBIH HANGAT DARIPADA BIASA.ANTARA PENCERAMAH YANG TERLIBAT ADALAH PJS SALEHUDDIN REMLY(PENGARAH),PJS TN SYED AGEEL,PJS MD ASERI HANAFIAH,PJS UST AHMAD ZAKI HJ MD NOR,PJS HJH SHARIFAH SULAIMAN DAN PJS UST SABRI AHMAD.

KEMBARA ILMU AGENSI LANGKAWI





PADA 26HB MAC YANG LALU,SERAMAI 13 ORANG AHLI RANGKAIAN PUSAT AGENSI LANGKAWI TELAH BERTOLAK DARI JETI KUAH,LANGKAWI KE KULA PERLIS BAGI MENGHADIRI SEMINAR DEMO DAN TEKNIK HOMEPARTY ANJURAN KPU YANG DIADAKAN DI SWISS INN PADA SABTUNYA.ROMBONGAN YANG DIKETUAI OLEH AL IMAM USTAZ ABDULLAH BIN MUHAMAD DAN UST AHMAD ZAKI MENGINAP DI HOMESTAY PJS HJH SHARIFAH BT SULAIMAN DI TAMAN MERBAU,SP.

SEBELUM ITU,AHLI ROMBONGAN BERPELUANG BERJUMPA DENGAN UST NAZREY JOHANI BEKAS VOKALIS RAIHAN DAN BERGAMBAR BERSAMA DI RADIX ORIENTAL CUISINE.SATU PELUANG YANG CUKUP HEBAT.SEMENTARA ITU PULA,PJS MD ASERI HANAFIAH YANG JUGA SEDANG MENJAMU SELERA DI ROC MEMBERI SEDIKIT PENERANGAN TENTANG PROGRAM PSC DAN KEBETULAN BELIAU BARU PULANG DARI BERCUTI DI SEPANYOL.

BELIAU MENYUNTIK SEMANGAT KEPADA AHLI ROMBONGAN YANG SANGGUP MEREDAH LAUTAN DAN ARUS DEMI MENDAPATKAN ILMU DI SEBERANG WALAUPUN HANYA MENAIKI SEBUAH VAN DAN TERPAKSA BERHIMPIT-HIMPIT DISEBABKAN KEKURANGAN TEMPAT DUDUK.

PROGRAM AGAK PADAT DAN KAMI BERADA DI SUNGAI PETANI SELAMA 3HARI 2MALAM.PADA HARI TERAKHIR KAMI BERPELUANG MENIKMATI HIDANGAN MAKAN TENGAHARI BERSAMA KAK PAH DAN SUAMI DI TIKAM BATU,PENANG.TIDAK TERLEPAS JUGA KUNJUNGAN KE BANGLO KAK PAH YANG BERNILAI LEBIH KURANG RM 1JUTA HASIL TITIK PELUH BERSAMA PERNIAGAAN HPA,MASYAALLAH.KAK PAH TIDAK TERLEPAS JUGA MENYUNTIK SEMANGAT YANG MEMBARA KEDALAM JIWA SETIAP AHLI ROMBONGAN.

DALAM PERJALANAN PULANG,KAMI SINGGAH SEBENTAR MENJAMU MINDA DAN MEMBELI BEBERAPA BUAH BUKU-BUKU DI ISLAMIC BOOK STORE HPA,SP.SEMPAT JUGA SINGGAH SEBENTAR DI RADIX CHICKEN HOUSE KANGAR MEMBELI SEDIKIT BUAH TANGAN.ALANGKAH GEMBIRA MUSAFIR INI.MUSAFIR YANG TIDAK SIA-SIA,MUSAFIR YANG DIISI DENGAN ILMU DI DADA.

SEKALUNG PENHARGAAN DAN UCAPAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA PJS HJH SHARIFAH SULAIMAN SEISI KELUARGA YANG TELAH MENYEDIAKAN PENGINAPAN DAN LAYANAN YANG CUKUP-CUKUP HEBAT BAGAIKAN AHLI KELUARGA SENDIRI,ALLAH JUALAH YANG DAPAT MEMBALASNYA,AMIN YA ROBBAL 'ALAMIN..

"BAGAI KUDA BERLARI KENCANG,
GEMERCIK API DICELAH JARI,
MEDAN TERBUKA HPA BERDAGANG,
MEMERAH KERINGAT SEHATI-HARI"

"PETIKAN DARIPADA PANTUN NASIHAT,NUKILAN TN HJ ISMAIL HJ AHMAD-PU HPA"

Thursday, April 1, 2010

UTUSAN MALAYSIA - KAKI KATAK DALAM MI GORENG ! AWAS !





ALBUM HPARAIHAN LARIS

Oleh Nik Masilawati Ahmad
bhkb@bharian.com.my
2010/04/01



Kumpulan HPARAIHAN bersama album terbaru mereka, Musafir Perjuangan.

PENJUALAN album Musafir Perjuangan, buah tangan terbaru kumpulan nasyid terkenal, Raihan mendapat sambutan cukup menggalakkan apabila setakat ini sudah mencecah 12,000 unit selepas dua minggu berada di pasaran di seluruh negara.

Ketua kumpulannya, Che Amran Idris, berkata album ke-10 daripada Raihan itu turut memuatkan lagu termasuk Nun Disana, Musafir, Tanpa Agama, Allah Is Coming dan God Is Light menerima sambutan baik daripada peminat tanah air.

“Lagu-lagu yang dimuatkan dalam album kami adalah lagu nasyid lama yang dirakamkan semula supaya peminat dapat mengenali dan mengingati konsep yang dibawa oleh Raihan.

“Sambutan yang diterima sejak pelancaran pada 17 Mac lalu memang menggalakkan dan kami amat bersyukur dengan penjualan album setakat ini,” katanya ketika mengadakan majlis ramah mesra bersama media di Kota Bharu, Kelantan, semalam.

Turut hadir tiga ahli Raihan yang lain, Abu Bakar Md yatim, 40, Amran Ibrahim, 38, dan Zulfadli Mustaza, 25. Mengenai sambutan peminat Raihan di Kelantan, Che Amran bersyukur apabila jualan bagi album berkenaan hampir mencecah 2,000 unit setakat ini, satu jumlah yang boleh dibanggakan. “Sambutan yang diberikan oleh peminat kami sepanjang promosi di Kelantan amat meyakinkan dan setakat ini, jualan album yang berjaya dikutip hampir 2,000 unit . “Dengan sambutan yang memberangsangkan ini, Insya Allah kami akan membuat cetakan kedua bagi memenuhi permintaan peminat di tanah air,” katanya. Selain itu, Che Amran berkata, pengedaran album itu dilakukan hasil gandingan Raihan bersama Syarikat HPA, Warner Music dan juga Wahyu Suci. “InsyaAllah pada penghujung April ini, kami akan melancar serta mengedarkan album ini di pasaran Indonesia iaitu di Jakarta dan Semarang, manakala pada bulan Mei kami akan ke Perth, Australia. “Kami juga akan menghadiri Festival Muzik di London pada Jun ini, selain itu ke Melbourne dan Sydney pada bulan berikutnya, tujuan kami membawa album kami ini ke Indonesia adalah disebabkan pasarannya yang luas dan sambutan penduduk yang amat menggalakkan sebelum ini,” katanya.

MENARA HPA KINI HAK KITA


Majlis bersejarah. Majlis tanda tangan persetujuan pembelian Menara HPA di Shah Alam. Berharga RM60 Juta,

Pada : 6hb April 2010 Masa : 11.00 Pagi.
Tempat : Perkarangan Menara HPA, Lot 1065 dan 1066, Phase 19, No.7 Persiaran Sukan, Laman Seri Business park, Sek 13 40100 Shah Alam, Selangor
Kehadiran: Pengarah Urusan HPA, Pengarah Urusan SME BANK, PENGARAH URUSAN TTDI

Pada Malamnya jam 8.30mlm KPJ bersama PU HPA di KLIH Kg.Baru.

Kelab Komuniti KPT, KPS, KPA, KPU dan Cawangan HPA sila buat hebahan
Semua dijemput hadir