Thursday, March 31, 2011

ESP - REAL BUSINESS

ESP - REAL BUSINESS

(EKSLUSIF SEHARI PENGARAH URUSAN)

MOTO : KECUKUPAN PRODUK HALAL DI PASARAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA

ESP : Program motivasi bersama Pengarah Urusan untuk mewujudkan gelombang business yang baru dalam HPA.

Tiket : RM100.00 (kanak-kanak tidak dibenarkan masuk)

Daftar terus dengan leader kelab masing-masing

InsyaAllah, pengisisan akan disampaikan oleh Pengarah Urusan HPA Industries Sdn Bhd

Bagi mereka yang telah mengikuti ESP ini, mereka bakal mendapat tawaran mengikuti 5 bengkel daripada 30 bengkel secara percuma.

Mereka yang berjaya mengikuti 21 daripada 30 bengkel ini, akan mendapat sijil / pengiktirafan daripada HPA.

Penjualan produk khas dengan harga promosi kepada peserta kursus sahaja:

- KOPI RADIX

- RADIX GOAT

- RADIX KOKO

- RADIX DIET

- RADIX MOCHA

Tarikh terdekat ESP adalah pada 17hb Apr 2011 di Putra Palace Hotel, Perlis. Sila pastikan kehadiran yang terhad kepada 250 peserta. Sila pastikan anda yang awal menyertainya. Sila hubungi CRL ( Pengerusi / Setiausaha dan AJK CRL) untuk memastikan anda adalah peserta awal yang akan menerima menfaatnya.Pemimpin Gen KPU diwajibkan menghantar sekurang-kurangnya seorang peserta mengikuti program.

Makluman terkini akan diberitahu dari masa ke semasa.


Modul : Penyampaian slot dengan bantuan multimedia dengan sokongan sistem audio, video montaj, ceramah oleh PU,GM,IKON, dan pasar ESP.

Monday, March 28, 2011

Syarat Baru Maintain PBC


Sukacita dimaklumkan kepada semua pengedar HPA bahawa mulai April ini AlWahida Markerting Sdn Bhd sepertimana yg diumumkan oleh Pengarah Urusan di akhir program KPJ di Hpaic baru-baru ini bahawaSyarat baru Maintain PBC cuma 150NM sahaja.

Syarat baru ini berkuatkuasa mulai 1 April ini.

Perlu diingat bahawa maintain 150 NM dalam satu invois mesti dilakukan dalam satu bulan sahaja iaitu bulan yang ia hadiri program PBC.

Maka dengan pengumuman baru ini maka syarat maintan 300NM dalam tempoh 2 dan 3 bulan terbatal dengan sendirinya mulain April ini.

Saturday, March 19, 2011

TERAMPIL | KELAB PIDATO KPU


Tarikh
: 29.3.2011 (Selasa) | 8.00 pm
Program : TERAMPIL
Modul :

1) Konsep, Sejarah & Kepentingan Komunikasi Serta Pidato Dalam Islam
Oleh : AF Ustaz Ahmad Adnan bin Fadzil (PS HPA)

2) Presentasi Efektif
Oleh : En. Mohd Faisol Abd Rahman (GM AWM)




Tempat : HPA Amanjaya Cempaka, Sungai Petani, Kedah

Kod Pakaian :
Muslimin : Blazer Hitam, baju kemeja, seluar slack warna gelap
Muslimat : Blazer Hitam dan bertudung hitam serta berstokin

Yuran : Percuma untuk Ahli Kelab Pidato KPU
Pendaftaran : Bagi yang belum mendaftar & berminat, sila hadir ke tempat, tarikh & masa yang telah dinyatakan. Isi borang & buat pendaftaran di sana

* sumber : AF Ustaz Mohd Zahir bin Ghazali

Tuesday, March 1, 2011

Khalifah Fil Ardh

Kalau mahu jadi Khalifah fil ardh berpeganglah pada 3 kekuatan iaitu kekuatan aqidah,kekuatan ekonomi dan kekuatan akhlaq yang mulia.Kekuatan aqidah akan menjana kehidupan hamba yang bebas dari rasa kebimbangan pada apa jua persoalan hidup kerana jelas jalan yang dipilihnya adalah keredhaan ilahi.Sekuat mana dugaan yang mendatang dilihatnya tak ubah seperti debu-debu halus yang melekat pada pakaian.Kemanisan itu terbit dari hati yang sedang luka tersepit.Padanya janji tuhan itu sahaja yang pasti sekalipun dia tidak mengerti kenapa jadi bagitu dan bagini.

Kekuatan Ekonomi pula menjadikan dia seorang pemimpin pada mata dunia .Zaman akhir kini perlukan benda juga untuk menakluki hati yang telah mati namun jangan sampai benda terlekat pada hati nanti ia akan menjadi sombong dan lupa diri.Jika benda diletakan pada telapak tangan,benar-benar ia akan menjadi ubat buat menyembuhkan penyakit cinta dunia dan takut mati.

Akhlaq pula bagai lampu terang yang menyuluh dan sesiapa yang nampak cahayannya akan datang kerana ia adalah sebuah keperluan.Akhlaq bukanya membuang kehidupan tetapi mengambil kehidupan dengan jalan yang sangat terhormat.Ia menerbitkan rasa cinta dan sayang pada semua Insan lebih lebih lagi dizaman yang sudah hilang contuh seperti akhlaq Nabi.Akhlaq sebenarnya buah dari pohon takwa yang dasarnya menunjang tauhidnya kedalam bumi ma'rifah.Tidak mampu bagi tubuh kasar untuk menyelaminya melaikan dia sebuah hadiah dari tuhan yang mengenalinya.Beruntunglah sesiapa yang mampu sampai kesitu

PERJUANGAN HPA

1. PERUBATAN JAWI

“Herba Menuju Kecermelangan”

· Perubatan Jawi diwujudkan di atas tujuan untuk memperkenalkan Thibbun Nabawi kepada masyarakat zaman sekarang.
· Pengubatan yg menggunakan sumber yang Halal yang berdasarkan pada Alamiyah dan Ilahiyah.
· Suatu usaha untuk mengumpul kembali khazanah pengubatan yang dinamakan Pengubatan JAWI yang bukan dari Timur atau dari Barat tetapi berdasarkan kepada etika Perubatan Islam yang lebih tinggi dari pengubatan Timur atau Barat.
· Graduan Sijil Herbalis harus menjadi ahli aktif Kelab Alumni Herbalis agar ilmu sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa.
· Usaha akan berterusan untuk menjadikan Perubatan JAWI suatu perubatan yang diiktiraf dunia sebagaimana Ayurvedic, Traditional Chinese Medicine (TCM) dan Homeopathy.
· Perubatan JAWI akan dimasukkan di dalam syllabus di MANHAL (Madrasah HPA) iaitu menjadi salah satu lima perkara yang wajib dipelajari oleh semua anak didik MANHAL iaitu

1. Al-Qur’an dan Hadith.

2. Ilmu Perniagaan.

3. Pertanian dan Industri (Pengolahan Sumber Alam)

4. Perubatan JAWI

5. Bahasa (Bahasa Arab, Bahasa Malaysia, English, Mandarin dan lain-lain)



2. PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA™

HPA komited untuk mewujudkan produk-produk alternative bagi menggantikan produk-produk yang tidak halal di pasaran dengan Motto PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA™.



3. PENDIDIKAN

HPA juga komited untuk membangunkan sistem pendidikan yang akan melahirkan Generasi Rabbani yang kuat pegangan tauhidnya kepada ALLAH SWT. Generasi yang akan menyambung perjuangan kita semua mengamal dan menyebarkan Perubatan JAWI dan generasi yang memperjuangkan produk-produk Halal ke seluruh dunia. InshaALLAH.