Tuesday, January 26, 2010

HABBATUS SAUDA PENAWAR SEGALA PENYAKIT



RASULULLAH SAW BERSABDA: "SESUNGGUHNYA DI DALAM HABBATUS SAUDA' TERDAPAT UBAT UNTUK SEGALA PENYAKIT KECUALI (AS-SAM) KEMATIAN".

Semenjak tahun 1959, lebih dari 200 kajian telah dijalankan oleh Universiti-universiti antarabangsa dan artikel-artikel diterbitkan dalam pelbagai journal menunjukkan hasil yang menakjubkan menyokong Habbatus Sauda’ telah digunakan sebagai Herba Perubatan semenjak 5000 tahun dahulu sebelum Masihi lagi. Ia disebut dalam kitab-kitab perubatan karangan Ibnu Sina(Avicenna), Al-Antiki, Ibnu Qayyim al-Jauziy dan Khatib Al-Baghdadi.

Sebagai Herba Tradisional yang telah lama terkenal semenjak 5000 tahun dahulu, Habbatus Sauda’ digunakan untuk mengatasi pebagai masalah dan keadaan dan perawatan yang bersangkutan dengan sistem pernafasan, sakit perut dan usus, fungsi ginjal dan hati, sistem darah, sistem pertahanan badan, dan memulihkan kesihatan am.

Habbatus Sauda ialah sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakkannya ditulis di dalam Bahasa Arab, oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.

Habbatus Sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.

Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus Sauda ...... merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.
Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus Sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.

Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus Sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).

Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda' dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda' dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek

ULASAN ILMU KEDOKTORAN MENGENAI HABBATUS SAUDA:

Batuk yang kronik,batuk kokol selsema yang sudah lama

Resdung (sinusitis)

Lelah atau sesak nafas akibat bronchial asthma dan cardiac asthma

Sakit jantung,darah gemuruh

Darah tinggi (hypertension)

Luka-luka di hati (Cirrhosis of Liver)

Batu hempedu, batu karang. (gall bladder stone, calculus)

Sakit buah pinggang (renal problem)

Gout

Kencing manis (diabetis)

Luka-luka di dalam mulut

Sakit tengkuk

Tonsillitis,gusi berdarah, mulut berbau

Pedih di ulu hati

Gastric, luka-luka dalam perut (ulcer)

Buasir (hemorrhoid), masalah penghadaman.

Alahan dan gatal-gatal

Sakit gigi

Cacing, parasit

Migraine, masalah imsomia (tidak boleh tidur)

Selepas bersalin (menambah susu ibu)

Awet muda dan menegangkan kulit

Mencantikkan kulit, kuku

Masalah kesuburan perempuan

Senggugut

Masalah tenaga batin lelaki


Sungguh banyak manfaat kesihatan yang boleh didapati dari Habbutus Sauda’ ini sehingga tidak hairan apabila ia popular disebut “The Seed of Blessing”/ “Habbatul Barakah” , yang ertinya ” Biji-bijian yang mengandungi berkat”.

No comments:

Post a Comment