Saturday, April 17, 2010

MAAHAD AL-IHSANIAH (MANHAL-HPA)

PENGAMBILAN PELAJAR SESI JULAI 2010


Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon lepasan SPM yang berkelayakan untuk mengikuti pengajian peringkat Diploma secara Penuh Masa di Manhal-HPA (Sg. Petani) bagi sesi kemasukan Julai 2010 dalam bidang :
1. DIPLOMA SYARI’AH ISLAMIYAH
2. DIPLOMA USULUDDIN
3. DIPLOMA TAKHASSUS QIRAAT

Syarat Kelayakan :
1. Terbuka kepada warganegara dan bukan warganegara Malaysia
2. Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya kepujian dalam 3 mata pelajaran DAN lulus mana-mana 2 mata pelajaran berikut ;
o Pendidikan Islam
o Tasawwur Islam
o Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
o Pendidikan Syariah Islamiah
o Bahasa Arab Komunikasi, ATAU
3. Lulus salah satu pengajian peringkat sijil berikut :
o Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), atau
o Sijil Tinggi Agama yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Negeri, atau
o Sijil Empat Thanawiy, atau
o Kelulusan lain yang setaraf dengan Sijil Tinggi Agama serta diperakui oleh pihak Manhal-HPA, atau
o Kelulusan lain yang setaraf dengan Sijil Pelajaran Malaysia (bagi bukan warganegara) yang diperakui oleh pihak Manhal HPA.


Permohonan boleh dikemukakan menggunakan borang yang boleh didapati
di mana-mana cawangan HPA atau muat turun melalui web : www.hpa.com.my

Hantarkan permohonan lengkap bersama dokumen yang diperlukan kepada :
BAHAGIAN KEMASUKAN/RAKOD PELAJAR
Pengurusan Maahad Al-Ihsaniah (Manhal-HPA Sg. Petani)
No. 11, Tingkat 1, Jalan Cempaka 1/1, Bandar Amanjaya, 08000 Sg. Petani, Kedah
Tel : 04-4419094 Faks : 04-4419254

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 31 MEI 2010


“PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA”

No comments:

Post a Comment